Awang Saribu
SUNGAI
BESAR ( SELANGOR ) : Orang ramai di sini kesal dengan tindakan pihak
tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan
keadaan ,sempena perhimpunan malam 31 Disember depan dengan
menghantar pesanan ringkas melalui telefon mengajak kalangan muda
membuat huru hara atau rusuhan.
Seorang
penerima yang enggan namanya disiarkan memberitahu, beliau menerima
pesanan ringkas petang tadi dari telefon bernombor 017-3047518 berbunyi :
Wajib hukumnya anak muda yang cool utk berhimpun dan merusuh di Dataran
Merdeka malam tahun baru untuk gulingkan kerajaan sial ini. AFDAL LAGI
SAHIH. Kita pogo polis dengan kayu !!.
Katanya
, beliau pecaya pesanan ringkas tersebut dihantar oleh pihak tertentu
secara pukal , bertujuan supaya penerima menyebarkan pula kepada
rakan-rakan lain.
“ Penghantarnya beranggapan kalangan anak muda sekarang , terutama yang tinggal di luar bandar mudah diperdaya dan buta dengan maklumat semasa . Padahal kami juga dengan mudah mendapat maklumat terkini melalui internet .
“
Janganlah cuba mengeruhkan keadaan dan membuat fitnah kepada pihak
penganjur perhimpunan yang akan berhimpun secara aman pada malam 31
Disember nanti, “ katanya kesal.
Katanya,
beliau percaya banyak lagi pesanan ringkas melalui tetefon seumpamanya
akan dihantar oleh pihak–pihak tidak bertanggungjawab menjelang 31 Disember 2013 dan berharap ianya diabaikan sahaja atau membuat laporan polis.
“ Janganlah dianggap kalangan muda yang tinggal di luar bandar bodoh belaka
serta mudah diperdaya dengan fitnah dan hasutan jahat. Kerana kami juga
dapat menerima maklumat melalui internet serta tidak bergantung
semata-mata kepada siaran media cetak atau siaran TV untuk mendapatkan berita , “ ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan