Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan pimpinannya menekan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sehingga beliau tidak mahu menemui ketua umum PKR itu dalam lawatannya hujung minggu ini.
"Tidak ada (tekanan kepada Obama). Siapa boleh tekan Obama. Obama, super power presiden (Amerika Syarikat). Kita negara kecil," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.
Beliau menjawab soalan pemberita berhubung dakwaan Anwar yang percaya bahawa Obama menghadapi tekanan supaya tidak mengadakan pertemuan dengannya apabila pemimpin AS itu melawat Malaysia hujung minggu ini.
Anwar berkata beliau percaya Obama menghadapi tekanan daripada Najib supaya tidak menemuinya apabila presiden Amerika itu melawat Malaysia minggu depan untuk bincang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
"Najib telah bersetuju untuk menandatangani TPPA," kata Anwar.
TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas yang sedang dirundingkan oleh 12 negara - Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand , Peru, Singapura, Vietnam, Kanada, Jepun dan Mexico.
1 ulasan:
Obama mahu perjanjian dagangan bebas dgn Malaysia untuk menyelamat ekonomi America.
So tentu Obama mahu jaga hati tuan rumah.BAIK ADA MAKNA
Catat Ulasan