Kalaulah hudud menjadi isu hangat penuh kontroversi pada
PRU ke-13 pada 5 Mei 2013, Barisan Nasional bukan sahaja akan mendapat
kembali majoriti dua-pertiga di Parlimen untuk membuat persempadanan
semula sesuka hati, Pakatan Rakyat pula mungkin kehilangan Selangor
selain Kedah, manakala Johor akan kembali menjadi kubu ‘fixed-deposit’
BN.
Isu hudud tidak sama sekali pernah mahupun akan menjadi
faktor kemenangan pilihanraya bagi PAS berdasarkan bukti-bukti
pilihanraya yang lalu.
PAS dan PKR memenangi kesemua 8 kerusi parlimen dan 28
daripada 32 kerusi di Terengganu pada PRU ke-10 tahun 1999 akibat
daripada tindakbalas terhadap UMNO berikutan penangkapan Datuk Seri
Anwar Ibrahim dan gerakan Reformasi.
Namun setelah meluluskan enakmen hudud pada tahun 2001, PAS
dan PKR hanya mampu mengekalkan 1 daripada 8 kerusi parlimen, serta 4
daripada 28 kerusi DUN pada PRU ke 11 tahun 2004.
Tambahan lagi, PAS dan PKR menang 4 daripada 8 kerusi
parlimen dan 15 daripada 32 kerusi DUN di Terengganu pada PRU ke-13
tanpa berkempen secara jelas untuk melaksanakan hudud di negeri itu.
Malah, menurut ‘5 Janji Awal Manifesto PAS Terengganu’ dan
‘5 Lagi Manifesto PRU13’ isu hudud langsung tidak disebut. Kegagalan
untuk menyebut tentang hdud dalam manifesto negeri tidak menyebabkan PAS
kehilangan sokongan di Terengganu.
Apa yang menarik ialah, walaupun PAS Terengganu menyertakan
pelaksanaan enakmen hudud dalam manifesto Barisan Alternatif Terengganu
sebelum PRU tahun 2008, PAS dan PKR tidak pun mendapat pertambahan
kerusi mahupun pertambahan undi di negeri itu.
PAS hanya menang satu kerusi parlimen dan hanya mampu
menambahkan jumlah kerusi DUN dari 4 kepada 8 dalam PRU tahun 2008. Di
saat sokongan terhadap BN jatuh 11% seluruh negara pada tahun antara
2004 dan 2007, sokongan BN di Terengganu hanya berkurang 0.5%.
Bukankah ini petunjuk bahawa pengundi di Terengganu memandang isu lain lebih penting berbanding pelaksanaan hudud?
Apa jadi kalau PAS berkeras mahu Pakatan memasukkan hudud sebagai sebahagian daripada manifestonya sebelum PRU ke-13?
Pertamanya, DAP pastilah tidak akan bersetuju dengan cadangan sedemikian.
Bagaimanapun, mari kita lakukan suatu latihan mudah dan mengandaikan bahawa inilah keadaannya sebelum PRU ke-13.
Dalam keadaan sedemikian, pertambahan sokongan Melayu
terhadap Pakatan boleh diabaikan. Kalau hudud boleh menjamin pertambahan
ketara dalam sokongan pengundi Melayu untuk mana-mana parti atau
koalisi yang mencadangkannya sebagai sebahagian daripada manifesto, UMNO
dan BN pastinya telah mempertimbangkannya sebagai cara untuk
menyelamatkan sokongan yang kian lemah terhadap mereka.
Tetapi untuk tujuan perbahasan, kita akan bermurah hati dan
mengandaikan bahawa sokongan Melayu terhadap Pakatan akan bertambah
sebanyak 1%.
Bahaya terhadap Pakatan dari segi sokongan bukan Melayu
pastilah jauh lebih ketara. Melihat kepada PRU tahun 1999, di mana
sokongan bukan Melayu hampir sahaja tidak menyebelahi BN sekiranya BN
tidak dengan cemerlangnya melakar persepsi bahawa satu undi untuk
Barisan Alternatif adalah undi menyokong negara Islam, sokongan Pakatan
terhadap hudud mungkin sahaja mengurangkan sokonga bukan Melayu
terhadapnya sebanyak antara 10-20%.
Dalam senario pertama di mana Pakatan mengalami susutan 10%
sokongan bukan Melayu berbanding peningkatan 1% sokongan Melayu,
Pakatan hanya akan memenangi 70 kerusi parlimen atau 32% daripada
keseluruhan jumlah kerusi berbanding 89 kerusi parlimen atau 40% yang
dimenanginya kini.
Dalam senario kedua, di mana sokongan bukan Melayu untuk
Pakatan menyusut sebanyak 15%, Pakatan hanya akan memenangi 57 kerusi
parlimen atau 26%, dan dalam senario ketiga, dalam keadaan sokongan
bukan Melayu menyusut sebanyak 20%, Pakatan hanya akan mampu memenangi
46 kerusi, atau 21%.
Dalam kesemua keadaan ini, PKR akan menjadi pihak paling
rugi memandangkan kerusi kawasan campuran PKR dimenangi dengan majoriti
yang lebih sedikit (berbanding kerusi-kerusi DAP).
Dalam ketiga-tiga senario, Pakatan pastinya tewas manakala
Barisan Nasional pula akan meraih kembali majoriti dua-pertiga parlimen
untuk membolehakkannya melakukan persempadanan semula kawasan piliharaya
secara sesuka hati demi meneruskan cengkaman tidak demoktratiknya
terhadap kekuasaan.
Bilangan kerusi parlimen yang mungkin dimenangi Pakatan dalam PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza
|
Keputusan PRU ke-13
|
Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)
|
Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)
|
Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)
|
|
|
PAS
|
21
|
18
|
18
|
16
|
|
DAP
|
38
|
30
|
25
|
23
|
|
PKR
|
30
|
22
|
14
|
7
|
|
Jumlah
|
89 (40%)
|
70 (32%)
|
57 (26%)
|
46 (21%)
|
Bagaimana pula dengan kerusi DUN? Bagaimana bilangan kerusi DUN yang dimenangi Pakatan boleh berubah dalam PRU ke-13?
Menggunakan kiraan yang sama dalam tiga senario di atas,
Pakatan mungkin susut 40 kerusi, 63 kerusi dan 95 kerusi dalam bilangan
kerusi DUN yang dimenangi dalam senario 1,2 dan 3 masing-masing.
Bilangan kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Semenanjung Malaysia pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza
|
Keputusan PRU ke-13
|
Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)
|
Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)
|
Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)
|
|
|
PAS
|
85
|
77
|
71
|
62
|
|
DAP
|
95
|
77
|
67
|
57
|
|
PKR
|
49
|
35
|
28
|
15
|
|
Jumlah
|
229 (45%)
|
189 (42%)
|
166 (37%)
|
134 (30%)
|
Mungkinkah hudud menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di
Kedah? Jawapannya mudah, tidak. Malah, Pakatan mungkin kehilangan lebih
banyak kerusi DUN sekiranya hudud menjadi sebahagian daripada manifesto
PRU ke-13 Pakatan.
Bilangan kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Kedah pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza
|
Keputusan PRU ke-12
|
Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)
|
Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)
|
Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)
|
|
|
PAS
|
9
|
7
|
7
|
5
|
|
DAP
|
2
|
1
|
1
|
0
|
|
PKR
|
4
|
3
|
3
|
1
|
|
Jumlah
|
15 (42%)
|
11 (31%)
|
11 (31%)
|
6 (17%)
|
Dalam senario 1 dan 2 dalam jadual 3 di atas, Pakatan hanya
akan menang 11 kerusi DUN berbanding 15 yang dimenanginya dalam PRU
ke-13. Dalam senario ketiga, Pakatan hanya akan menang 6 kerusi DUN
kerana kurangnya undi bukan Melayu akan menghilangkan banyak kerusi
marjinal ketiga-tiga parti.
Bagaimana pula keadaan di Pulau Pinang dan Selangor?
Mujurlah majoriti yang dimenangi Pakatan di Pulau Pinang
begitu besar sekali dalam PRU ke-13, Pakatan masih mampu mempertahankan
kerajaan negeri walaupun dalam senario ketiga. (Lihat jadual 4 di bawah)
Jumlah kerusi yang dimenangi Pakatan akan menyusut menjadi 25 (daripada
40) dalam senario ketiga.
Bilangan kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Kedah pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza
|
Keputusan PRU ke-13
|
Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)
|
Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)
|
Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)
|
|
|
PAS
|
1
|
1
|
1
|
1
|
|
DAP
|
19
|
19
|
19
|
17
|
|
PKR
|
10
|
7
|
7
|
7
|
|
Jumlah
|
30 (75%)
|
30 (75%)
|
27 (68%)
|
25 (63%)
|
Namun, ia tidaklah terlalu positif untuk Selangor. Di bawah
senario 3, Pakatan akan hilang kuasa kerana hanya akan menang 21
daripada 56 kerusi DUN. PAS dan PKR akan hilang majoriti kerusi di bawah
senario 3 (dibandingkan dengan DAP).
Bilangan kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Kedah pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza
|
Keputusan PRU ke-13
|
Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)
|
Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)
|
Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)
|
|
|
PAS
|
15
|
12
|
9
|
5
|
|
DAP
|
15
|
13
|
12
|
11
|
|
PKR
|
14
|
13
|
12
|
5
|
|
Jumlah
|
44 (79%)
|
38 (68%)
|
33 (59%)
|
21 (38%)
|
Bagaimana dengan kerusi DUN di Johor?
Pakatan mencapai kejayaan penting di ‘kubu kuat’ BN ini
dengan memenangi 5 kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN pada PRU 2013,
daripada 1 kerusi Parlimen dan 6 kerusi DUN pada PRU 2008.
Pakatan
kurang satu kerusi untuk menafikan majoriti dua per tiga dalam Dewan
Undangan Negeri.
Namun jika hudud menjadi sebahagian manifesto Pakatan dalam
PRU 2013, kejayaan ini tidak akan dicapai. Menurut jadual di bawah,
Pakatan hanya akan menang 8 kerusi DUN di bawah senario 1, 7 di bawah
senario 2 dan 4 di bawah senario 3, iaitu lebih teruk berbanding PRU
sebelumnya.
PAS akan dinafikan perwakilan dalam DUN di bawah senario 3.
Bilangan kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Kedah pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza
|
Keputusan PRU ke-13
|
Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)
|
Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)
|
Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)
|
|
|
PAS
|
4
|
2
|
2
|
0
|
|
DAP
|
13
|
5
|
5
|
4
|
|
PKR
|
1
|
1
|
0
|
0
|
|
Jumlah
|
17 (30%)
|
8 (14%)
|
7 (13%)
|
4 (7%)
|
Bagaimana dengan kerusi DUN di Sabah? Dengan hanya
pengurangan 10% sokongan pengundi bukan Muslim (senario 1), PKR akan
kalah semua 7 kerusi yang dimenangi dalam PRU ke-13.
Bilangan kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Kedah pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza
|
Keputusan PRU ke-13
|
Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)
|
Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)
|
Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)
|
|
|
PAS
|
0
|
0
|
0
|
0
|
|
DAP
|
4
|
4
|
4
|
3
|
|
PKR
|
7
|
0
|
0
|
0
|
|
Jumlah
|
11
|
4
|
4
|
3
|
Bagaimana pula prestasi Pakatan di negeri-negeri lain yang
terkesan iaitu Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka jika hudud
menjadi satu isu kontroversi yang besar sewaktu PRU ke-13?
Di Perak, Pakatan hanya memerlukan dua saja kerusi untuk membentuk kerajaan pada pilihanraya tahun 2013. Seandainya hudud menjadi sebahagian daripada manifesto Pakatan, berbanding 28 kerusi DUN yang dimenangi, Pakatan hanya akan menang 17 kerusi DUN dengan susutan 20% undi bukan Melayu (Senario 3). PAS dan PKR hanya akan mendapat 1 dan 2 kerusi masing-masing daripada 5 kerusi yang ditandingi setiap satu. DAP hanya akan memenangi 14 kerusi berbanding 18 yang dimenanginya.
Jumlah kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Perak pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza
|
Keputusan PRU ke-13
|
Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)
|
Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)
|
Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)
|
|
|
PAS
|
5
|
3
|
2
|
1
|
|
DAP
|
18
|
18
|
17
|
14
|
|
PKR
|
5
|
2
|
2
|
2
|
|
Jumlah
|
28 (47%)
|
23 (39%)
|
21 (36%)
|
17 (29%)
|
Di Pahang, Pakatan menang 12 daripada 42 kerusi DUN atau
28% pada PRU ke-13. Dengan isu hudud, Pakatan hanya akan menang 4 kerusi
dalam keadaan paling teruk dengan susutan 20% undi bukan Melayu
(senario 3). PAS dan DAP hanya akan mampu menang 2 kerusi masing-masing.
Jumlah kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Pahang pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza
|
Keputusan PRU ke-13
|
Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)
|
Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)
|
Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)
|
|
|
PAS
|
3
|
3
|
2
|
2
|
|
DAP
|
7
|
6
|
2
|
2
|
|
PKR
|
2
|
2
|
1
|
0
|
|
Jumlah
|
12 (28%)
|
11 (26%)
|
5 (12%)
|
4 (10%)
|
Di Negeri Sembilan, Pakatan berjaya menafikan penguasaan
dua per-tiga BN terhadap DUN dengan memenangi 14 daripada 36 kerusi DUN
atau 39% pada PRU ke-13. Dengan hudud, Pakatan hanya akan menang 6
kerusi sahaja atau 17% dalam senario ketiga.
Jumlah kerusi DUN yang dimenangi Pakatan di Negeri Sembilan pada PRU ke-13 dalam tiga senario berbeza
|
Keputusan PRU ke-13
|
Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)
|
Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)
|
Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)
|
|
|
PAS
|
0
|
0
|
0
|
0
|
|
DAP
|
11
|
10
|
7
|
6
|
|
PKR
|
3
|
2
|
2
|
0
|
|
Jumlah
|
14 (39%)
|
12 (33%)
|
9 (25%)
|
6 (17%)
|
Di Melaka, Pakatan menang 7 daripada 28 atau 25% kerusi DUN
pada PRU ke-13. Dengan isu hudud, di bawah unjuran paling teruk dengan
susutan 20% undi bukan Melayu, prestasi Pakatan akan merosot sehingga
hanya memenangi 3 kerusi atau 11%, kesemuanya dimenangi oleh DAP.
|
Keputusan PRU ke-13
|
Senario 1 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 10%)
|
Senario 2 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 15%)
|
Senario 3 (undi Melayu kepada PR meningkat 1%, undi bukan Melayu susut 20%)
|
|
|
PAS
|
1
|
0
|
0
|
0
|
|
DAP
|
6
|
5
|
4
|
3
|
|
PKR
|
0
|
0
|
0
|
0
|
|
Jumlah
|
7 (25%)
|
5 (18%)
|
4 (14%)
|
3 (11%)
|
Kesimpulannya, kos yang perlu dibayar Pakatan dalam pilihan
raya adalah terlalu besar jika hudud menjadi sebahagian dalam manifesto
Pakatan ketika PRU ke-13, kerana Umno dan Barisan Nasional akan berjaya
menepis tsunami politik ketika PRU ke-12 pada tahun 2008.
Senario-senario ini perlu difikirkan dengan serius oleh
seluruh rakyat Malaysia yang ingin melihat kemajuan politik negara,
daripada PRU ke-12 dan ke-13 menuju PRU ke-14, dengan kemunculan
Malaysia baru di mana keadilan, kedaulatan undang-undang, demokrasi,
tadbir urus baik dan kemakmuran untuk semua rakyat, bukannya dengan
kemunduran politik.
Kita telah melalui jalan ini betul-betul sebelum pilihanraya umum pada tahun 2004.
Kedegilan PAS meluluskan enakmen hudud Terengganu
mengakibatkan DAP meninggalkan Barisan Alternatif pada tahun 2001. BN
kemudiannya mendapat kejayaan bersejarah pada tahun 2004 dengan
memenangi 91% kerusi parlimen dan 89% kerusi DUN di Semenanjung
Malaysia.
Pakatan Rakyat telah melalui pelbagai cabaran sejak 2008.
Kita telah mentadbir dan terus mentadbir sebagai sebuah koalisi di
peringkat negeri.
Ramai daripada mereka mungkin kehilangan kerusi parlimen
dan DUN sekiranya sistem kehakiman memberikan keadilan seperti yang
telah ditunjukkan kepada Karpal Singh dan Anwar Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan