Azuan Ab Rahman
KUALA LUMPUR : Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail bimbang sesi penerangan GST ke seluruh negara melibatkan 330 penceramah disalahguna menjadi hasutan perkauman.
Azan mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang menyatakan akan menggerakkan 330 penceramah untuk menerangkan isu berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di balai raya seluruh negara.
“Yang kita paling bimbang ialah penceramah yang dilantik itu akan menggunakan isu perkauman untuk menipu orang kampung yang tidak begitu memahami isu GST.
“Mereka mungkin mengatakan golongan luar bandar tidak dikenakan GST.
Dalam masa sama mengatakan kita (Pakatan) menolak GST bagi menyelamatkan ekonomi masyarakat Cina bandar.
“Ini taktik Umno, mereka akan guna apa juga cara untuk menipu masyarakat luar bandar bagi meraih sokongan,” jelas Azan.
Sebelum ini ahli parlimen Raub dari DAP, Datuk Ariff Sabri berkata, Umno dijangka menggunakan hujah berkaitan kaum untuk menghalalkan pelaksanaan GST yang akan diperkenalkan 1 April 2015.
Kata Ariff, kerajaan dijangka akan mengatakan bahawa GST akan memastikan pengelakan cukai terhad dan pihak yang lari membayar cukai adalah orang Cina.
“Dengan GST, mereka ini tidak boleh terlepas. Jadi orang Melayu harus menyokong GST kerana orang Cina mengelak membayar cukai kepada kerajaan Umno,” kata Ariff.
Justeru menurut Azan, individu yang dilantik membri penerangan GST dijangka penceramah BN yang dididik untuk menyebar dakyah kerajaan.
” Mereka ini penceramah Umno yang akan sekali lagi memberikan informasi salah supaya masyarakat luar bandar dapat mereka pergunakan,” kata Azan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan