Berdepan dengan kedudukan hutang serta pelbagai cabaran, syarikat pelaburan milik kerajaan - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) - nampaknya amat memerlukan seseorang untuk memulihkannya.
Dan entiti kewangan itu, yang yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak itu, menyandarkan harapannya itu di bahu ahli pembankan yang berusia 39 tahun, Arul Kanda Kandasamy.
Dan dalam satu komunikasi emel kepada Malaysiakini, presiden dan dan pengarah eksekutif baru kumpulan 1MDB melahirkan keyakinannya untuk mengemudi syarikat itu bagi memenuhi harapan tersebut.
"Saya tidak akan terima tugas ini jika saya tidak [yakin]," katanya walaupun para pengkritik mendakwa mereka meragui kemampuannya untuk memulihkan imej syarikat itu atau memulihkan kedudukan kewangannya.
Walaupun sedar apa yang menunggunya ialah adalah satu tugas yang sukar, namun Arul, tidak gentar untuk memikulnya.
"Mana-mana syarikat, sama ada sebuah konglomerat antarabangsa atau kedai kecil, mempunyai cabaran yang perlu dihadapi dari semasa ke semasa. Begitu jugalah dengan 1MDB.
"... tetapi saya yakin kami akan dapat mengatasinya dan merealisasikan nilai penuh aset yang sangat baik dalam perniagaan," jelas beliau.
Arul juga menegaskan bahawa 1MDB mempunyai asas yang kukuh untuk tujuan itu.
"Kami mempunyai aset yang sangat baik, projek yang menarik dalam perancangan, dan satu kumpulan yang cemerlang yang bekerja di dalam pelbagai perniagaan.
"Saya rasa faktor-faktor ini, digabungkan dengan pengalaman saya sendiri, membolehkan kita memacu perniagaan ke hadapan," katanya.
"Oleh itu, apabila mempertimbangkan sama ada untuk memikul tugas ini, saya telah memeriksa setiap maklumat yang boleh saya perolehi mengenai 1MDB, sama ada laporan tahunan syarikat sebelum ini atau artikel yang disiarkan oleh media," kata berhubung dakwaan-dakwaan terhadap 1MDB.
"Saya juga mengadakan perbincangan mendalam dengan lembaga pengarah mengenai beberapa isu-isu yang telah dibangkitkan oleh pihak luar. Mereka amat berterus terang dan telus dengan saya.
Walaupun pengkritik mendakwa rancangannya akan dikecewakan dengan keputusan yang lemah seperti pada masa yang lalu, Arul percaya bahawa nasib 1MDB masih boleh dipulihkan.
"Walaupun saya tidak boleh bercakap tentang apa-apa yang mungkin telah berlaku pada masa lalu, saya mempunyai keyakinan bahawa saya akan mendapat sokongan penuh lembaga pengarah dan pemegang saham kami untuk memacu perniagaan ini dan mengemudinya ke arah yang yang akan membolehkan kita menjana nilai maksimum," tegasnya.
Disoal mengenai rancangan terdekatnya untuk 1MDB, Arul berkata keutamaan teratas beliau ialah untuk bertemu anggota pasukan yang lain dalam syarikat itu yang mempunyai pelbagai pelaburan dari tenaga, hartanah, pelancongan sehingga kepada perniagaan tani.
Katanya, beliau ingin mengambil masa untuk mendengar pandangan mereka mengenai syarikat itu, dan untuk memahami aspirasi mereka serta apa-apa kemusykilan mereka.
"Pada masa yang sama, kami telah mengumumkan bahawa satu kajian semula strategik perniagaan akan dilakukan," katanya.
Menjelaskan mengenai "kajian semula strategik" yang akan diterajuinya, Arul berkata ia akan melibatkan pemeriksaan analisis menyeluruh terhadap perniagaan dan operasi.
Ini, katanya akan membolehkannya untuk memahami bagaimana untuk menangani cabaran yang dihadapi 1MDB pada masa ini dan membangunkan strategi untuk memaksimumkan nilai daripada aset dan projek-projek syarikat.
Arul, yang memegang ijazah Sarjana dengan kepujian dalam undang-undang korporat dan komersial dari University College London, berkhidmat sebagai naib presiden eksekutif, ketua kumpulan perbankan pelaburan dan ketua bahagian kewangan korporat di Abu Dhabi Commercial Bank sejak Julai 2008.
Arul menggantikan Mohd Hazem Abd Rahman, yang meletakkan jawatan sebagai pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif.
Ketika mengumumkan pelantikannya, Pengerusi 1MDB Datuk Lodin Wok Kamaruddin berkata, Arul membawa bersamanya pengalaman yang luas dari dunia kewangan dan bukti rekod pencapaian dalam mentransformasi perniagaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan