HALAMAN SANTAI

Ahad, 4 Januari 2015

Banjir: Harga sayur naik 60 peratus


sayur
 
 

SHAH ALAM - Harga sayur di negeri dilanda banjir mencatatkan kenaikan sehingga 60 peratus jika dibandingkan sebelum bencana itu berlaku.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Datuk Ahmad Ishak berkata, selain itu, secara umum, harga sayur di Semenanjung Malaysia telah meningkat di semua peringkat.

Peningkatan itu melibatkan harga dari ladang, borong dan runcit dalam lingkungan dua hingga 34 peratus pada 30 Disember lalu berbanding dengan harga pada 25 Disember 2014.

Antara sayuran yang mencatatkan peningkatan harga pada minggu ini adalah tomato tanah tinggi, sayur kekacang, timun hijau cerah, cili merah kulai, cili merah minyak, sawi, kubis bulat, cili padi tempatan dan cili padi Thai.

Tiada ulasan: