HALAMAN SANTAI

Selasa, 20 Januari 2015

Ibrahim Ali nafi PERKASA ‘alat’ UMNO

 
Dia tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan dan kemudian cakap seperti 'sampah'.


Datuk Ibrahim AliIbrahim AliIbrahim Ali


PETALING JAYA : Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menafikan dakwaan Naib Presiden DAP, Teresa Kok yang menyatakan badan bukan kerajaan (NGO) itu alat kepada UMNO.

Ibrahim yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, pihaknya turut mengkritik UMNO apabila perlu demi kepentingan negara.

“Kenyataan Teresa Kok yang berkata PERKASA wujud kerana UMNO adalah mengarut. Dia tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan dan kemudian cakap seperti ‘sampah’.

“Jika dia mendakwa DAP bukan kumpulan rahsia dan perjuangannya untuk semua, begitu juga dengan PERKASA,” katanya mengulas kenyataan Ahli Parlimen Seputeh itu.

Teresa dalam kenyataan mendakwa strategi UMNO menyokong PERKASA untuk menentang apa yang dikenali sebagai “pandangan pelampau” daripada bukan Melayu telah memakan diri, memalukan UMNO, orang Melayu dan negara.

Naib Presiden DAP itu turut menyerang justifikasi yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata PERKASA wujud sebagai tindak balas langsung kepada pelampau bukan Melayu, dan berkata, “takut UMNO kehilangan kuasa adalah … mengapa Perkasa telah wujud.”

Dalam pada itu Ibrahim berkata, pihaknya tidak akan terganggu dengan kecaman dan fitnah demi membela serta memperkasakan Islam, rakyat dan negara.

Ibrahim turut mengakui kata-kata Dr Mahathir bahawa PERKASA lahir berikutan kemunculan puak ekstremis dan perkauman golongan bukan Melayu sama seperti parti politik, badan bukan kerajaan dan media sosial.

“Mereka lakukan atas nama demokrasi dan hak asasi manusia. Bila PERKASA bertindak balas, mereka bertubi-tubi menyerang PERKASA dengan melabelkan rasis dan ektremis,” ujarnya.

Tiada ulasan: