SHAH ALAM - Kes penderaan kanak-kanak melibatkan anggota keluarga
terdekat ada sesetengahnya berpunca daripada wajah mereka yang mirip
wajah ibu atau bapa kandung mereka.
Perunding Psikologi Kelurga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkata, bagi pasangan yang bercerai, wajah anak-anak yang mirip bekas suami atau bekas isteri menjadi igauan dan sasaran untuk mereka membalas dendam.
"Memanglah ini penganiayaan. Anak-anak tidak tahu apa-apa mengenai masalah ibu bapa tetapi merekalah yang jadi sasaran. Misalnya seorang ayah yang masih berdendam terhadap bekas isterinya iaitu ibu kanak-kanak itu, dia mungkin bertindak melepas geram atau dendam dengan memukul anaknya yang tidak bersalah," katanya.
Menurut perunding itu lagi, tekanan yang dibawa balik dari tempat kerja atau masalah kesempitan hidup turut jadi penyumbang pada peningkatan kes penderaan anak-anak.
"Mereka (ibu bapa) akan berasa letih setelah seharian bekerja. Jadi, apabila mereka (ibu bapa) pulang ke rumah, anak-anak mahu mereka (ibu bapa) melayan kerenah mereka. Cara kanak-kanak minta belaian macam-macam, ada sesetengahnya suka merengek, menangis. Ini yang kadang kala membuatkan ada ibu bapa yang hilang sabar lalu bertindak memukul anak-anak," katanya.
Menurutnya lagi, sebelum ini, masyarakat tidak begitu mengambil berat isu-isu seperti ini menyebabkan kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat.
Bagaimanapun, pendedahan demi pendedahan pihak media, termasuk melibatkan kes-kes pengabaian menyebabkan keadaan semakin berubah ke arah yang lebih baik.
Suzana berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim bahawa lebih 70 peratus peruntukan undang-undang dalam Akta Kanak-Kanak 2001 akan dipinda untuk memberi lebih penekanan terhadap kecuaian sikap ibu bapa menjaga anak-anak.
Sementara itu, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, hukuman lebih berat perlu dikuatkuasakan supaya ibu bapa lebih bertanggungjawab menjaga anak mereka.
Beliau juga mengesyorkan prosedur mahkamah mengenai hukuman ini agar lebih komprehensif.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan