shahbudindotcom
Bagi
mereka inilah antara beban terbesar yang bakal menyukarkan lagi peluang
UMNO menambah sokongan serta untuk menang dalam pilihanraya nanti.
Sejak
2009, sebaik Najib Razak mengambil alih teraju kelimpinan negara,
topik perbualan mengenai Rosmah muncul satu demi satu tanpa hentinya,
daripada kegemaran berbelanja barang mewah, membeli perhiasan,
pembaziran, penggunaan jet hinggalah berpeluk, semuanya merupakan
isu-isu yang kian merimaskan UMNO.
Jika
di era pentadbiran sebelum ini isu berkaitan isteri Perdana Menteri
tidak pernah berbangkit dan menjadi topik perbualan sama-sekali,
sebaliknya ketika ini ia sudah menjadi sebahagian tugas ahli dan
pemimpin UMNO pula untuk menanganinya
Lantaran itu, apabila isu Rosmah ini timbul secara berterusan, ramai yang mulai bersungut dah merasakan ia membebankan mereka.
Bagi
mereka, jika Perdana Menteri, Najib Razak yang dibebani dengan pelbagai
masalah seperti 1MDB, hutang yang meningkat, ekonomi yang perlahan
atau kepimpinannya yang lemah yang menjadi isu, ia tidaklah menjadi
masalah bagi mereka untuk mempertahan dan membelanya kerana ia memang
peranan yang sewajarnya mereka pikul.
Tetapi
apabila turut membela dan mempertahankan Rosmah juga, ia seperti
menambahkan lagi tugas dan bebanan sedia ada, tambahan pula apa yang
dilakukan oleh isteri Perdana Menteri yang menjadi bualan seperti
penggunaan jet kerajaan dan berpelukan, adalah sesuatu yang jelas
salahnya dan sukar dipertahankan.
Lantaran
itu, ramai yang memilih berdiam diri daripada tampil mempertahankan
Rosmah sejak kebelakangan ini kerana mereka mula merasakan ia sebagai
beban dan bukannya tugas hakiki sebagai ahli atau pemimpin parti.
Yang
agak berani dan terbuka mula bertanya, "sejak bila membela isteri
Perdana Menteri sudah menjadi sebahagian perjuangan ahli dan pemimpin
UMNO?"
Yang
lain pula bertanya, "tidak bolehkah Rosmah berperanan seperti
isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini atau sekurang-kurangnya
mencontohi perwatakan Siti Hasmah yang bukan saja tidak pernah
menyusahkan parti dan kerajaan, bahkan amat menyenangkan semua orang?"
Bagi
mereka, sejak dahulu lagi, isteri-isteri Perdana Menteri tidak pernah
menimbulkan masalah dan karenah, malah kehadirannya lebih banyak
membantu daripada menyusahkan Perdana Menteri. Tetapi kini, semua sudah
menjadi sebaliknya.
Dalam
masa yang sama juga, sudahlah Najib, UMNO dan kerajaan turut dibebani
dengan masalah yang kian bertambah, munculnya isu berkaitan Rosmah
secara berterusan dan tanpa henti-henti hanya akan menipiskan lagi
peluang mempertahankan kuasa dalam pilihanraya akan datang ini.
Seharusnya,
kata mereka, Najib menyedari bahawa keputusan pilihanraya lalu yang
lebih buruk prestasinya berbanding 2008, sebahagiannya adalah disebabkan
timbul isu-isu yang tidak berkesudahan berkaitan Rosmah yang tidak
menyenangkan rakyat itu.
Najib
juga digesa menyedari luahan-luahan di media sosial serta respon
negatif terhadap isterinya sebagaimana yang ditunjukkan oleh penonton
dalam perlawanan akhir bolasepak Piala Suzuki baru-baru adalah gambaran
perasaan oleh pengundi muda yang menjadi penentu dalam pilihanraya
nanti.
Untuk
menghadapi pilihanraya akan datang, ramai yang mencadangkan agar Najib
segera memulakan langkah menjadikan isterinya tidak lagi menjadi
perhatian atau topik perbualan atau berhadapan dengan kehilangan lebih
banyak sokongan daripada rakyat.
Selain
mengimbas perwatakan isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini yang
cukup sederhana dan tidak berlebih-lebihan, ada juga yang mahukan Rosmah
kembali kepada watak dan peranannya sebagai isteri seperti ketika
Najib menjadi menteri dahulu.
Secara
umumnya, kian ramai yang berpandangan bahawa UMNO dan BN hanya
mempunyai peluang mengekalkan kuasanya jika isu berkaitan Rosmah dapat
diketepikan terus daripada menjadi mainan. Yang lain pula berpendapat,
jika bukan Najib mengemudi parti dan kerajaan, harapan menang jauh lebih
cerah.
Pendeknya, tanpa Najib dan Rosmah, lebih selamatlah negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan