shahbudindotcom
Mereka
lebih senang memilih untuk berdiam diri sambil menikmati laba daripada
jawatan dalam kerajaan atau GLC yang masih disandang atau kemewahan
daripada habuan projek atas nama jawatan dalam parti.
Secara
umumnya, mereka tidak sangsi bahawa Najib ketika ini diselubungi dengan
pelbagai masalah dan kelemahan, dari hutang negara yang kian bertambah,
isu 1MDB, pembaziran, pasaran saham yang menjuman sebagai bukti
ketidakyakinan pelabur, ekonomi yang suram dan pelbagai lagi.
Dalam
mengurus parti pula, Najib bukan saja gagal mewujudkan keharmonian
dalam UMNO, bahkan kepimpinannya yang lemah menjadikan sesama komponen
BN lebih banyak berbalah dan bertikam lidah sesama sendiri daripada
menunjukkan kesepatakan.
Realitinya,
hanya 191 ketua bahagian - itu pun bukan semua - yang masih bersungguh
mahu mempertahankan Najib, rata-rata pemimpin di peringkat yang lain
mulai terbuka menyatakan harapan dan peluang UMNO akan lebih cerah jika
beliau digantikan dengan pemimpin yang lain.
Pemimpin
UMNO juga sedar isu yang turut memberatkan lagi penanggungan Najib
sebagai Perdana Menteri ialah karenah isterinya, Rosmah Mansor yang
tidak habis-habis menimbulkan masalah kepada parti dan negara.
Rosmah
bukan saja berbeza dengan isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini
yang lebih selesa menjadi pendokong dan penyokong setia kejayaan suami,
bahkan penonjolannya yang berlebih-lebihan juga menyebabkan kedudukan
timbalan perdana menteri hampir-hampir tenggelam dibanjiri glamour serta
publisiti mengenainya.
Jika
semasa Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, peranan dan kedudukan
timbalannya seperti Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan Pak Lah
nampak turut menyerlah dan diakui, kerajaan sekarang lebih dikenali
sebagai "kerajaan Najib dan Rosmah".
Tidak
banyak, bahkan hampir tidak ada yang menyebut kepimpinan kerajaan
sekarang adalah gandingan Najib dengan Muhyiddin. Poster dan kain
rentang yang memaparkan Najib dengan Rosmah juga lebih banyak di seluruh
negara berbanding Najib dengan Muhyiddin.
Sebab
itu, sama ada Anwar bakal dipenjara atau tidak atas kesalahan liwatnya,
peluang PR memenangi pilihanraya akan datang lebih cerah berbanding BN.
Dengan hanya berbekalkan undi Melayu kampung yang masih setia, semua
segmen lain dalam masyarakat sudah menolak Najib dan kerajaan.
Najib
dianggap sudah membawa banyak kerosakan dan masalah kepada negara dan
hanya penggantian kerajaan saja satu-satunya jalan merintis perubahan
serta menjelmakan keadaan yang lebih baik untuk negara.
Pemimpin
UMNO bukan tidak sedar hakikat ini. Mereka sedar UMNO lebih mungkin
kalah dan Najib tidak berupaya lagi memperbaiki semua masalah serta
kerosakan yang bertompok-tompok ini.
Halangan
utama pemimpin UMNO untuk tampil bercakap benar ialah sayangkan
kemewahan dan jawatan yang dimiliki sekarang. Mereka wala' atau akur dan
patuh kepada kepimpinan Najib hanyalah kerana "cari makan" dengannya,
biar pun sedar sikap itu tidak baik untuk parti dan negara.
UMNO
tidak pernah sekritikal ini sepanjang sejarahnya sebelum ini. Jika
wala' kepada Najib boleh membawa kepada hilangnya kuasa UMNO dan
kerosakan yang lebih buruk kepada negara, pemimpin UMNO seharusnya
berani tampil ke depan bercakap tentang kebenaran.
Luahan
rasa tidak puas hati terhadap Najib ini bukan lagi perbualan harian
rakyat biasa, penyokong PR atau mereka yang tidak berparti di
kedai-kedai kopi, lobi hotel, di pejabat atau di mana saja, bahkan sudah
merebak luas di kalangan ahli UMNO sendiri.
Di
rumah kebanyakan pemimpin UMNO peringkat cawangan dan bahagian pun,
topik kelemahan Najib dan pelbagai karenah Rosmah sudah menjadi santapan
perbualan hari-hari. Kadangkala anak-anak mereka yang masih bersekolah
rendah pun turut bercakap tentang kelemahan Najib serta karenah Rosmah.
Rata-rata
perbualan itu menjurus kepada kesimpulan bahawa UMNO akan kalah jika
Najib terus memimpin parti dan kerajaan dalam pilihanraya akan datang
ini. UMNO dan BN dianggap hanya mempunyai harapan jika Najib diundurkan
dan diganti dengan pemimpin lain yang tidak banyak isu serta tiada
karenah berkaitan isteri.
Untuk
itu, inilah masa dan ketikanya pemimpin UMNO harus berani bersuara.
Nyatakanlah dengan jujur penolakan ahli peringkat bawahan dan juga suara
rakyat yang semakin membengkak menolak UMNO dan kerajaan ini kepada
Najib. Suara itu sudah pun semakin kuat di peringkat bawah dan kian
membesar hari demi hari.
Meminta
Najib berundur untuk kebaikan UMNO dan negara bukanlah suatu dosa dan
kesalahan. Jauh sekali boleh menyebabkan dipenjara atau dihukum mati.
Belum tentu juga boleh menyebabkan hilang jawatan atau rezeki tersekat
di tengah jalan.
Muhyiddin
pernah meminta Pak Lah berhenti, tapi hari ini menjadi Timbalan Perdana
Menteri. Di peringkat bahagian pula, ramai yang menjadi pemimpin hari
ini ialah kalangan yang pernah bersuara meminta Ketua Bahagian
masing-masing berundur dan meletakkan jawatan.
Untuk
itu, inilah masanya juga pemimpin UMNO perlu segera tampil meminta
Najib berundur. Jihad ini ialah untuk kebaikan parti dan juga negara
secara keseluruhannya. UMNO dan negara tidak seharusnya terus
dirosakkan oleh gandingan Najib dan Rosmah ini.
Jika
sampai rakyat yang sudah sekian lama memendam rasa melakukannya dalam
PRU 14 nanti, bukan saja UMNO tidak dapat diselamatkan lagi, malah nasib
pemimpinnya pun turut berterabur entah ke mana .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan