HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 Januari 2015

Kerajaan tak sorok, kita terpaksa ubah suai – Muhyiddin

 
Kerajaan bertindak secara bijaksana dalam mendepani masalah ekonomi negara berikutan penurunan harga minyak global dan kejatuhan nilai ringgit.


Muhyiddin-YassinPUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bertindak secara bijaksana dalam mendepani masalah ekonomi negara berikutan penurunan harga minyak global dan kejatuhan nilai ringgit.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, strategi dan langkah proaktif kerajaan untuk melakukan pengubahsuaian berikutan perubahan landskap ekonomi dunia tidak menjejaskan prinsip Bajet 2015 yang telah diluluskan Parlimen.

“Ini adalah untuk kita respons secara bijaksana, walaupun pendapatan hasil minyak agak menurun tetapi ia tidak memberi kesan yang terlalu besar, contohnya apabila perdana menteri kata bajet pembangunan tidak terjejas, menunjukkan

komitmen kerajaan dalam hal pembangunan negara masih berterusan,” katanya.

Beliau berkata, Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober tahun lepas masih kekal.

Malah Muhyiddin yakin Najib selaku Menteri Kewangan boleh melaksanakan pengubahsuaian tersebut kerana ia tidak membabitkan sebarang lebihan perbelanjaan.

“Ia adalah pelarasan dalam lingkungan bajet di mana Najib sebagai menteri kewangan boleh melaksanakannya.

“Saya rasa ia wajar dibuat kerana tindakan ini perlu diambil segera dan ia tidak menjejaskan prinsip belanjawan yang telah diluluskan di Parlimen,” katanya ketika ditanya mengapa pembentangan langkah pengukuhan daya tahan ekonomi negara

tidak dilakukan di Parlimen sebaliknya dibuat dalam perutusan khas.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas pelan tindakan pasca banjir di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini, Muhyiddin turut memuji keberanian Perdana Menteri membentangkan perkembangan ekonomi

semasa dan kedudukan kewangan negara secara terbuka.

“Kita harap rakyat dapat memahami tindakan yang diambil oleh kerajaan yang bertanggungjawab dengan mengambil langkah secara telus,” ujarnya.

Beliau menambah: “Kita tak sorok, dan kita ceritakan masalah serta sebab munasabab. Walaupun setelah beberapa bulan berbincang di Parlimen mengenai urusan belanjawan, kita terpaksa ubah suai bagi mengikut keadaan semasa.”

Tiada ulasan: