HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 Januari 2015

Tindakan undang-undang ke atas 8 bekas pegawai MBI

FREE MALAYSIA TODAY

Mereka menolak untuk pulangkan semula wang pampasan.


azmin-ali-32


PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan undang-undang akan diambil ke atas lapan bekas pegawai kontrak bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana gagal memulangkan pampasan berjumlah RM2.3 juta kepada kerajaan negeri.
Menurut beliau,

keputusan itu diambil berikutan tempoh dua minggu yang diberikan untuk menjawab tuntutan Menteri Besar Diperbadankan (MBI) supaya memulangkan wang pampasan itu tamat Isnin lalu (19 Januari 2015).

Bagaimanapun bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Hussin dilaporkan memberitahu, pihaknya sudah melantik peguam bagi menguruskan isu pemulangan wang itu.

Beliau juga enggan mengulas lanjut selepas dinasihat oleh peguamnya.

Azmin memberitahu, pihak guaman pengurusan MBI telah diarah untuk melakukan tindakan selanjutnya berhubung proses undang-undang berkenaan.

“Tempoh dua minggu yang diberikan kepada kesemua bekas pembantu Abdul Khalid berakhir Isnin lepas dan mereka menolak untuk pulangkan semula wang pampasan berkenaan.

“Oleh itu, kita berpendirian untuk teruskan dengan tindakan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ramah Mesra Pegawai Komunikasi Korporat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Lapan bekas pegawai kontrak itu yang menerima pampasan antara RM114,870 hingga RM699,000 seorang sebelum ini diberi tempoh dua minggu untuk memulangkan semula wang berkenaan.
Menurut Azmin, lapan bekas pegawai kontrak berkenaan tetap diberi pampasan namun jumlahnya mengikut peruntukan sedia ada.

Dakwanya, jumlah pampasan yang dibayar kepada mereka sebelum ini telah melanggar peraturan kewangan kerajaan negeri termasuk syarat-syarat kontrak yang telah dipersetujui.

Katanya, pengurusan MBI akan membuat penelitian semula jumlah bayaran pampasan yang sepatutnya diterima bekas pegawai kontrak tersebut mengikut syarat yang terkandung dalam kontrak kakitangan berkenaan sebelum sebarang pembayaran semula dilakukan.

Tiada ulasan: