HALAMAN SANTAI

Isnin, 19 Januari 2015

Nik Abduh: Ayah mahu rehat


NIK MOHAMAD ABDUH NIK MOHAMAD ABDUH
 
 
KOTA BHARU -  Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan tidak dapat menerima lawatan dalam tempoh terdekat kerana masih uzur.

Dalam satu kenyataan hari ini, anaknya, Nik Mohamad Abduh berkata, bapanya memohon mahu rehat secukupnya setelah kesihatannya kini menurun selepas banjir baru-baru ini.

“Ayahanda dalam keadaan uzur biasa. Dalam sebulan akhir ini, ayahanda telah tidak turun solat di masjid kerana keletihan. Di rumah dengan aktiviti biasa, berjalan, membaca dan rehat.

“Cuma selepas banjir baru-baru ini, kesihatannya menurun sedikit. Apa pun baik insya-ALLAH,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Nik Aziz keletihan, rehat di hospital]


Menurut Nik Mohamad Abduh, beliau turut memohon meminta masyarakat berdoa semoga ALLAH mengurniakan kesihatan yang baik buat bapanya dan seluruh umat Islam yang dalam keuzuran.

“Semoga kesihatan mereka dan semoga kita semua beroleh hidayat dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam,” katanya lagi.

Sebelum ini, tersebar dalam media sosial gambar besar Menteri Besar Kelantan itu kelihatan berbaring  keuzuran di kediamannya di Pulau Melaka.

Bagaimanapun difahamkan ia bukan gambar terkini.

Tiada ulasan: