“Najib has to immediately retire!” kata seorang pemimpin UMNO yang tidak mengizinkan saya menyebut namanya. Saya tidak faham kenapa pemimpin ini tidak mahu berkata secara terbuka. Saya sudah bersedia untuk menulis namanya tetapi oleh kerana menghormatinya sebagai seorang sahabat yang begitu lama saya mengambil sikap menghormati kemahuannya.
Inilah yang menjadi masalahnya dikalangan pemimpin UMNO, takut berkata
benar seolah-olah nyawanya akan melayang jika didapati beliau berkata
demikian oleh orang ramai. Ini jugalah masalahnya yang menyebabkan
pemimpin yang sepatutnya pergi dan bersara masih kekal memegang kuasa
tanpa pegangan yang kuat.
Tetapi bukan rakan Dato’ saya ini sahaja yang bersikap demikian, ramai
lagi yang terkemut-kemut untuk berkata benar sedangkan mereka sendiri
sengsara melihat perlakuan Najib dan keluarganya melakukan jenayah
politik dan moral kepada negara. Sesungguhnya yang membuat banyak
masalah ialah Najib, kerana masalah dari orang ramai itu boleh
diselesaikan apabila mendapat gantian kepada Najib itu adalah pemimpin
yang benar-benar pemimpin.
Untuk membetulkan kerosakan yang dilakukan oleh Najib bukan setakat
boleh membiarkan apa kemampuan yang ada kepada Muhyiddin atau sesiapa
dikalangan Naib-Naib Presiden parti. Seperti yang selalu disebutkan oleh
blog ini, kali ini negara perlu memulakan dan membentuk ‘ambience’
politik yang baru, jangan lagi terlekat dengan budaya politik yang kita
sedang lalui sekarang. Ia sentiasa membuatkan kehidupan rasa tidak
berkeyakinan terhadap negara. Kita tidak ada negara atau wilayah lain
untuk tinggal. Dimana bumi di pijak di situ langit di junjung.
Najib patut merasakan yang beliau sudah tidak dapat lagi menguasai
sebuah kerajaan yang ‘viable’ untuk rakyatnya hidup dalam aman dan
makmur. Najib perlu buktikan yang beliau sebenar-benarnya sayangkan
negara dan tidak mahu rakyatnya menderita. Tumpukan tenaga melihat ke
dalam dan berilah rakyat peluang untuk hidup tenang dan mempunyai
pemimpin yang boleh meyakinkan mereka.
“I hope PM Najib will give the rakyat a break” kata seorang guru yang
sangat prihatin terhadap apa yang sedang berlaku di negara ini. Najib
boleh menutupi kegagalannya dengan bersara bersama barisan yang beliau
lantik. Tindakan bersara itu sendiri adalah bukti yang beliau benar dan
serius dalam mengambil hati rakyat. Tindakan Najib bersara akan dikenang
oleh rakyat sebagai pengorbanan besar terhadap mereka dan sekali gus
Najib akan dikenang juga sebagai seorang pemimpin yang mengutamakan
rakyat lebih dari dirinya sendiri.
Seperti yang selalu disebut oleh blog ini berkorban untuk rakyat bukan
sahaja dengan memegang jawatan tetapi bersara dari jawatan pun adalah
pengorbanan. Bagi setengah pemimpin mereka memberikan pengorbanan kepada
rakyat dengan memegang jawatan dengan penuh tanggungjawab dan
setengahnya pula ialah dengan berhenti dan memberikan laluan untuk
rakyat membetulkan sendiri dengan memilih pemimpin yang boleh
memperbaiki keadaan ekonomi dan politik negara, berserta dengan budaya
dan cara hidup mereka.
Kata perbilangan, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan jasa. Jasa yang boleh ditinggalkan Najib ialah dengan
bersara dan membantu mencari jalan untuk memperbetulkan apa yang tidak
betul dalam negara ini.
Bersara dari jawatan itu merupakan tindakan lazim yang dilakukan oleh
mana-mana pemimpin yang bertanggungjawab terutamanya pemimpin-pemimpin
dari negara maju dan berbudaya. Jepun menghadapi tindakan ramai perdana
menterinya yang bersara setelah gagal untuk membetulkan kesilapan yang
mereka lakukan. Di Korea beberapa orang Perdana Menteri nya berhenti dan
bersara semata-mata untuk menjaga kepentingan negara yang mereka
sayangi.
Justeru itu, jika PM Najib bertindakan drastik dan bersara semata-mata
untuk negara, maka itu merupakan jasa yang amat sukar dilupakan rakyat
dan akan terpahat dihati semua penulis sejarah negara untuk dibaca dan
dihormati oleh generasi yang akan datang.
Seperti yang disebutkan dalam posting saya yang lepas, Hussein Onn
sanggup berhenti, semata-mata kerana sebilangan kecil ahli-ahli UMNO
yang tidak bersetuju dengan beliau dalam beberapa isu. Beliau bukan
tidak boleh meneruskan pimpinannya kerana yang tidak bersetuju hanya
segelintiran dari perwakilan UMNO sahaja yang bertindak memberikan
sokongan kepada pencabarnya, Sulaiman Palestin.
Semasa Dr Mahathir mengambil alih jawatan dari Hussein Onn beliau
sendiri telah berjanji akan bersara secara terhormat dalam perhimpunan
agung 1981, tetapi malangnya beliau tidak berdaya untuk memenuhi
janji-janji beliau itu walaupun pada suatu ketika beliau hanya mempunyai
sokongan yang tipis sahaja.
Beliau terus sahaja memerintah sehingga 22 tahun lamanya dan bermula
dari masa itulah budaya mempertahankan jawatan ‘at all costs’ itu mula
bersemi di dalam parti UMNO itu. Inilah hasil yang kita dapati dari
perubahan sikap dan budaya dalam kepimpinan parti itu.
Tetapi Najib mungkin boleh kembali memperkayakan budaya berhenti untuk
rakyat itu seperti apa yang dilakukan oleh Hussein Onn dan sebelumnya
oleh Tunku Abdul Rahman Putra-Alhaj.
Dalam situasi sekarang, Najib lah pemimpin yang paling luas peluangnya
untuk disanjung oleh rakyat dengan cara bersara, terutamanya kepada
generasi yang akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan