SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhak membuat
penyusunan semula Bajet 2015 tanpa perlu membentangkannya di Parlimen
terlebih dahulu.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, bajet baru yang diumumkan Najib kelmarin tidak menyebabkan pertambahan belanjawan negara tetapi menyentuh mengenai langkah kerajaan mengurangkan perbelanjaan.
“Melihat kepada situasi (bencana alam) yang berlaku menyebabkan perdana menteri perlu membuat keputusan segera.
Secara logik dalam situasi kini tiada keperluan yang mendesak untuk dibentang di Parlimen terlebih dahulu.
“Kerana bajet itu sudah ada dan diluluskan, apa yang diumumkan adalah pengurangan bajet bukan pertambahan. Apatah lagi tiada sidang Parlimen ketika ini, kalau nak tunggu mungkin lambat pembangunan semula dilakukan,” katanya mengulas mengenai penyusunan semula Bajet 2015 yang dibuat kerajaan.
Langkah yang dilakukan perdana menteri itu dipersoalkan sesetengah pihak apabila bajet baru itu tidak dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu.
“Berdasarkan Perkara 100, Perlembagaan Persekutuan, tiada disebut dengan jelas mengenainya (wajib) dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu.
“Tetapi jika perbekalan tambahan maka ia perlu dibentangkan. Namun saya percaya perdana menteri sudah mendapat nasihat daripada Peguam Negara berhubung perkara itu dan pihaknya akan menyusul (laporan) tersebut di sidang (Parlimen) akan datang,” katanya.
Kerajaan kelmarin mengumumkan beberapa langkah proaktif supaya pertumbuhan, pembangunan dan sasaran defisit fiskal negara dapat diteruskan berikutan perubahan landskap ekonomi global.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, penyediaan bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan bagi membina semula infrastruktur yang terjejas akibat banjir akan dibuat bagi memastikan pertumbuhan ekonomi seimbang.
Sebanyak RM5.5bilion perbelanjaan mengurus dikurangkan untuk memberi tumpuan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM48.4 bilion.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan