HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 Januari 2015

Proses bawa balik Koperal Sirul ambil masa


Notis Merah dikeluarkan Interpol bagi mencari Sirul Azhar. Notis Merah dikeluarkan Interpol bagi mencari Sirul Azhar.
 
 
TANAH MERAH - Proses membawa balik anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar yang telah ditahan di Australia untuk dibawa balik ke Malaysia bagi menghadapi pertuduhan dijangka mengambil masa.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, beberapa prosedur ditetapkan negara berkenaan perlu diikuti.

"Kebiasaannya jika melibatkan kes belum didakwa, Australia akan melihat keterangan dibentangkan kepada mereka.

"Sekarang kita diperingkat permohonan untuk membawa balik Sirul yang mana dalam kes ini satu inkuiri akan dibuat oleh pihak Australia untuk menilai keterangan yang ada," katanya kepada pemberita Ketika Gotong-royong Perdana di Perumahan Polis Taman Kiara, hari ini.

Tiada ulasan: