KUALA LUMPUR - Jika ada sesiapa yang masih ragu-ragu dengan Rang
Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015, mereka perlu sedar
bahawa Malaysia kini sebenarnya terdedah kepada ancaman militan dan ia
perlu dicegah sebelum parah.
Pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini berhubung 17 individu ditahan kerana merancang untuk melakukan keganasan di Lembah Klang, sebagai suatu keadaan yang amat serius.
Anggota kumpulan itu yang berumur antara 17 hingga 49 tahun itu dikaitkan dengan militan IS, yang turut merancang menculik orang kenamaan, menyerang lokasi strategik dan seterusnya menubuhkan rejim IS di Malaysia.
Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (LKPJM), Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berpendapat apa yang didedahkan polis itu merupakan satu fenomena yang perlu dipandang serius oleh semua pihak.
Pada awalnya, kumpulan militan (IS) hanya merekrut rakyat Malaysia untuk menyertai kumpulan keganasan itu, namun kini ahli-ahli IS mula memasuki negara ini bertujuan mengancam keselamatan negara selain menyebarkan ideologi kumpulan itu, katanya kepada Bernama.
"Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak mengelakkan penularan IS di negara ini. Contohnya, isu IS perlu disampaikan melalui khutbah Jumaat supaya masyarakat mendapat pendedahan lebih baik.
Di peringkat sekolah dan universiti, guru dan pensyarah perlu memainkan peranan masing-masing dengan menerangkan bahaya IS kepada pelajar supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan kegiatan itu," kata Saharuddin.
Beliau berkata, rakyat pastinya bersyukur dengan kecekapan PDRM menangani kumpulan IS.
Ketua Polis Negara ketika mendedahkan perkara itu berkata semua suspek terbabit ditahan di sekitar Kuala Lumpur dan Kedah ketika mengadakan pertemuan sulit bagi merancang serangan di sekitar Lembah Klang. Mereka juga merancang merompak bank bagi mendapatkan dana dan menjadikan kem tentera dan balai polis sebagai sasaran untuk mendapatkan senjata api.
Tindakan polis itu membuktikan bahawa pasukan keselamatan negara sentiasa bersedia untuk menghadapi kemungkinan ancaman ini. Untuk rekod, sehingga kini 95 rakyat Malaysia telah ditahan sejak Februari 2013 kerana disyaki terlibat dalam aktiviti militan.
Dalam hal ini, kerajaan Malaysia mengambil inisiatif membentangkan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 di Dewan Rakyat bagi membendung aktiviti keganasan dan diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 7 April lalu selepas dibahaskan lebih 12 jam.
Ia dibentangkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 30 Mac lalu yang antara lain termasuk peruntukan bahawa tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan semata-mata atas 'kepercayaan politik atau aktiviti politik'.
Secara ringkasnya, Pota bertujuan membanteras kegiatan keganasan di negara ini berikutan keseriusan ancaman keganasan yang dicetuskan kumpulan militan, termasuk IS.
Sambil menyifatkan Pota sebagai suatu kaedah bagi memastikan keamanan negara dijaga supaya rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni, Saharuddin berkata ia amat diperlukan apatah lagi ancaman yang datang dalam pelbagai sudut tanpa disedari rakyat.
Sementara itu, bagi Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan, Pota amat perlu bagi mengawal keganasan terutama setelah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dimansuhkan.
"Dahulunya kita ada ISA dan dapat mengawal tindakan keganasan yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk merosakkan keamanan dan keselamatan negara, dan dengan ketiadaan ISA, saya melihat pihak polis tidak mempunyai undang-undang yang ketat untuk mencegah kegiatan keganasan," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan