GOMBAK: Isu kenaikan elaun guru KAFA tersenarai dalam janji manifesto
pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) Selangor pada pilihan raya umum yang
lalu hanyalah isu politik, kata Profesor Datuk Dr Sidek Baba.
Bagaimanapun, penganalisis politik itu berpendapat isu tersebut perlu
dipandang berat oleh kerajaan negeri dan bersama-sama dengan Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) mencari titik penyelesaian berhemah.
"Isu elaun Kafa ini isu politik, sebab itu janji daripada manifesto kerajaan negeri Selangor dulu.
"Walaupun ia merupakan isu politik...perkara tersebut kena dipandang berat.
"Dan oleh kerana JAIS adalah badan yang menguruskan perjalanan Kafa
sudah tentu kena ada persefahaman yang tinggi dengan kerajaan negeri
kalau itu benar disebut dalam manifesto PRU 13," katanya kepada
Antarapos.
Sebelum ini, seorang guru KAFA, Ekhsan Bukharee Badrul hadir ketika
sidang persidangan DUN Selangor menggesa kerajaan Selangor menaikkan
elaun guru KAFA sepertimana yang dijanjikan dalam menisfesto Pilihan
Raya Umum ke 13 lalu.
Bagaimanapun, tindakan guru tersebut dilihat mengundang kekecohan
apabila beliau dihalang daripada berjumpa dengan Menteri Besar Selangor.
Terbaharu, Ekhsan mendakwa telah dikenakan surat tunjuk sebab oleh JAIS atas beberapa alasan antaranya mencetuskan provokasi.
Mengulas lanjut Sidek Baba berkata, jika benar Menteri Besar, Azmin Ali
mempunyai budi bicara yang tinggi beliau sewajarnya bertentang empat
mata dengan guru berkenaan bagi menyelesaikan isu tersebut.
"Kalau MB ada budi bicara yang tinggi dia (Azmin) boleh panggil Ekhsan
bincang secara ikhlas, adik beradik apakah benar contohnya pada PRU lalu
ada tawaran kepada 6,000 lebih guru Kafa untuk dinaikkan dalam sekitar
RM 200 sahaja, tidaklah banyak.
"Guru bukan sekadar mengajar begitu sahaja, tidak. Guru akan buat lebih
daripada yang sepatutnya. Jadi, adalah bagi saya kewajaran untuk kita
meraikan mereka dan bukan dihalau.
"Ini soal budi bicara, kalau kita mempunyai kualiti ihsan yang tinggi
kita tak buat begitu, memalukan dan mengaibkan orang bukanlah sesuatu
hal yang mudah. Lagi pun dia (Ekhsan) seorang guru.
"Kalau boleh pertimbangan itu diberilah," tegasnya.
Beliau juga tidak bersetuju dengan tindakan JAIS yang memperbesarkan
perkara ini sehingga mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ekhsan.
"Jadi, kalau isu ini dibesar-besarkan sehingga mahu mengambil tindakan
kepada Ekhsan ia tidak elok dari segi guru-guru Kafa sendiri. Dia
(Ekhsan) memberanikan diri (menuntut janji kerajaan negeri).
"Apa yang Ekhsan lakukan walaupun dia hanya guru sandaran kesanya
tampak. MB akan timbangkan, Exco Agama akan buat penilitian, mekanisma
pembayaran akan diteliti...ada kesan.
"Maknya, kalau ada 6,000 lebih guru Kafa itu kalau mengatakan perbuatan
tidak memberi kesan...ada kesan, cuma mungkin Mais dan Jais melihat isu
itu maknanya dari segi cara, "tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan