HALAMAN SANTAI

Selasa, 21 April 2015

Musa Hassan sokong Zahid, protes salib satu hasutan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bantahan penduduk terhadap salib gereja di Taman Medan, Petaling Jaya merupakan satu perbuatan hasutan. 
 
Memetik laporan The Malaysian Insider, kenyataan Zahid itu mungkin termasuk dalam pindaan baru Akta Hasutan 1948.
 
“Akta Hasutan kini, dalam pindaan yang baharu, ada menyentuh soal agama. Jadi, itu adalah isu hasutan.
 
“Oleh kerana menteri sendiri mengatakan itu satu hasutan, berkemungkinanlah ada dalam Akta Hasutan pindaan baru,” katanya.
 
Semalam Zahid berpendapat bantahan terhadap salib gereja di Petaling Jaya pada Ahad sebagai menghasut.
 
Zahid juga berkata bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap anggota UMNO yang terlibat dalam protes yang mencetus kontroversi itu.
 
Musa berkata, tindakan penduduk berkenaan bukan saja boleh dikira sebagai hasutan, tetapi juga boleh ditafsirkan sebagai kesalahan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
 
“Adalah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, 298A, cuba mewujudkan pergeseran antara agama.
 
“Saya tak boleh komen panjang sebab saya tak tahu (lanjut) mengenai pindaan (Akta Hasutan) yang baharu ini," katanya.
 
Katanya, beliau tidak pasti sama ada pindaan itu memperuntukkan tindakan membangkitkan isu agama, untuk menghina atau memecah belahkan antara kaum, adalah tergolong perkara menghasut.
 
Ditanya pendapatnya sama ada menganggap insiden bantahan itu berkaitan agama, Musa berkata: “Bagi saya berkaitan agamalah. Ada pihak yang tak berpuas hati, salib itu ada di situ.”
 
Ahad lalu, kira-kira 50 orang berkumpul di luar gereja baharu itu menuntut salib yang dipasang di rumah ibadat itu dibuang kerana dikatakan mencabar agama Islam.
 
Salah seorang dari pemimpin Umno yang turut hadir ialah Datuk Abdullah Abu Bakar, abang kepada Khalid.
 
Penunjuk perasaan dilaporkan berkata kewujudan salib di kawasan majoriti Melayu Islam itu merupakan satu cabaran kepada agama Islam dan boleh menjejaskan akidah anak muda.
 
Salib berkenaan dibawa turun oleh pemimpin gereja beberapa jam selepas protes itu.
 
 

Tiada ulasan: