HALAMAN SANTAI

Selasa, 7 April 2015

MALAYSIAKINI


 


Kelewatan projek pembinaan semula di Bukit Bintang oleh Yayasan Selangor mengakibatkan kerugian sebanyak RM15 juta.

Dalam siri pertama Laporan Audit Negara 2014 melaporkan, Yayasan Selangor kerugian sebanyak RM15.12 juta hasil sewaan daripada September 2012 hingga Ogos 2014.

Yayasan Selangor kerugian sebanyak RM2.52 juta pada 2012 (September- Disember), RM7.56 juta pada 2013 dan RM5.04 juta pada 2014 (Januari-Ogos).

Bangunan setinggi 12 tingkat di Bukit Bintang terbiar dan rosak selepas penyewa diberitahu supaya mengosongkan bangunan tersebut tiga tahun lalu.

Menurut laporan itu, pada 2013, bangunan tersebut yang terletak di kawasan pusat membeli-belah akan dijadikan sebuah hotel berkonsepkan hotel butik.

Ia akan diselenggara oleh Kenanga Wholesale City Sdn Bhd yang memenangi bidaan untuk membaik pulih bangunan tersebut.

Apabila hotel tersebut siap, bangunan tersebut dijangka akan dihubungkan dengan stesen MRT Sentral Bukit Bintang.

Pada Ogos 2012, Yayasan Selangor mengeluarkan notis penamatan kepada semua penyewa bagi mengosongkan premis berkenaan.

Bagaimanapun, disebabkan isu dalaman dengan pihak konsortium itu, projek berkenaan belum dimuktamadkan pada Ogos 2014.

Asrama di kampung pandan

Selain itu, Yayasan Selangor juga mengalami kerugian dalam cadangan projek pembangunan semula Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL) di Kampung Pandan akibat kelewatan.

Para pelajar yang ditaja oleh Yayasan Selangor yang sepatutnya menginap di asrama tersebut dipindahkan ke sebuah sekolah berasrama.

Lawatan kakitangan jabatan audit ke tapak projek yang dicadangkan pada September 2014 itu mendedahkan bahawa, tapak berkenaan tidak dibersihkan bagi projek pembangunan semula itu dilakukan.

Sehubungan itu, laporan audit mengesyorkan supaya Yayasan Selangor menyediakan laporan lebih terperinci, perancangan strategi jangka panjang bagi pengurusan hartanah bagi menjana pendapatan supaya objektif yayasan tersebut dapat dilaksanakan.

"Perancangan perlu mengambil kira kesan dan akibat sebelum keputusan dibuat mengenai pelaksanaan projek-projek pembangunan bagi mengelakkan Yayasan Selangor mengalami kerugian.
"Yayasan perlu juga mempergiatkan aktiviti pemasaran hartanah untuk menarik lebih ramai penyewa, menubuhkan mekanisme pemantauan yang lebih berkesan bagi pengumpulan tunggakan sewa dan memastikan prosedur yang berkaitan dengan kutipan tunggakan sewa dikuatkuasakan," kata laporan itu lagi.


Tiada ulasan: