shahbudindotcom
Perdana
Menteri, Najib Razak kini sedang berada di Kazakhstan bagi menghadiri
majlis bertandang perkahwinan anak perempuannya, Nooryana Najwa dengan
Daniyar Besikkbayev, seorang jejaka yang pandai bertinju dari negara
tersebut.
Tetapi
di dalam negara, asakan untuk memaksanya berundur kian giat dilakukan.
Tun Mahathir yang menjangkau usia 90 tahun kelihatan semakin agresif dan
seolah-olah mendapat "suntikan tenaga baru" untuk terus menyingkirkan
Najib.
Jika
Jumaat lalu, Tun Mahathir dilaporkan sudah mengadakan pertemuan dengan
Tengku Razaleigh selama kira-kira sejam tidak jauh dari Masjid Negara,
hari ini pula bekas Perdana Menteri itu duduk bersebelahan dengan
Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam suatu program anti
perang di PWTC, Kuala Lumpur.
Dalam ucapannya, Muhyiddin secara terbuka menyatakan sokongan kepada "perjuangan kebenaran" yang dilakukan oleh Tun Mahathir.
Anda
tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran, kata Muhyiddin yang
bagaikan menyambut keluhan Tun Mahathir sebelum ini bahawa beliau
mungkin keseorangan dalam berhadapan dengan Najib Razak yang mahu
disingkirkannya.
Selain
semakin rancak bertemu dengan pelbagai pihak sejak akhir-akhir ini, Tun
Mahathir juga semakin rajin menulis meluahkan pandangan dan kritikannya
kepada Najib di blog Chedet miliknya.
Kehadirannya
di pelbagai program yang disusuli dengan lontaran pelbagai pandangan
mengenai isu politik semasa dalam negara, juga turut bertambah.
Bekas
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim pula mendedahkan
baru-baru ini, Tun Mahathir juga ada mengadakan pertemuan dengan Menteri
Besar Selangor, Azmin Ali di luar negara.
Sokongan
terbuka Muhyiddin kepada "perjuangan kebenaran" yang dilakukan oleh Tun
Mahathir tidaklah sukar difahami bahawa ia tentunya berkaitan dengan
serangan dan kritikan terhadap Najib, tambahan pula tiada akvititi atau
isu lain yang difokuskan oleh bekas Perdana Menteri itu ketika ini.
Ke
mana hilangnya wang 1MDB dan siapa yang memberi arahan kepada Sirul
untuk membunuh Altantuya seperti yang kerap ditanyakan oleh Tun Mahathir
tidak lain hanyalah untuk mengetahui kebenarannya.
Lebih-lebih
lagi dengan mengatakan Tun Mahathir tidak keseorangan dalam perjuangan
itu, ia adalah pengakuan terbuka Muhyiddin bahawa beliau berpihak kepada
bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.
Jika
Jumaat lalu, Najib mungkin tersentak dengan berita pertemuan antara Tun
Mahathir dengan Ku Li, sokongan terbuka Muhyiddin ini dan mereka juga
duduk bersebelahan yang memberi gambaran adanya "ehem ehem" antara
keduanya, pastinya memberi lebih lara kepada Perdana Menteri yang sedang
berada di luar negara.
Berada
di Kazakhstan di mana beliau sepatutnya berasa gembira sebagai seorang
bapa, tetapi sebagai Perdana Menteri pula mungkin perasaannya sedang
berbeza.
Di
dalam negara dan di pelbagai peringkat percakapan pula, rata-rata
rakyat begitu mengharapkan adanya perubahan dalam kepimpinan negara
kerana peredaran masa memperlihatkan Najib ternyata gagal memberi
kesejahteraan kepada rakyat dan negara.
Gagalnya
Najib barangkali boleh difahami dengan kenyataan sinis Tun Mahathir
beberapa hari lalu yang menyatakan simpatinya kepada Perdana Menteri
kerana "nak bina jambatan pun tak boleh".
Najib,
mahu tidak mahu, harus mengakui bahawa semua perkembangan akhir-akhir
ini adalah tanda-tanda yang semakin jelas hayat politiknya sebagai
Perdana Menteri kian pendek dan sukar diselamatkan.
Najib, tunggu apa lagi!!
Gambar terbaru Najib ketika menghadiri majlis bertandang di Kazakhstan...
Daniyar dan Nooryana gembira sebagai pasangan suami isteri...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan