PETALING JAYA - PKR hari ini menegaskan tidak akan menyeru mana-mana
pihak untuk mengurangkan kadar caj perkhidmatan atau menghapuskannya
susulan isu itu mula dibangkitkan selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST), 1 April lalu.
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, pengguna tidak sewajarnya mengalihkan kemarahan atas pelaksanaan GST kepada caj perkhidmatan untuk pekerja.
"Kebelakangan ini ada sedikit salah faham di kalangan pengguna yang mengakibatkan sesetengah kesatuan pekerja merasai caj perkhidmatan ini...oleh kerana GST diperkenalkan, kerajaan mengumumkan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang kadarnya 15% telah digantikan dengan GST dan mengatakan bahawa ini langkah menurunkan kos. sebenarnya SST hanya sebahagian daripada produk atau perkhidmatan tapi GST dikenakan pada semua produk dan servis.
"Kerajaan mengatakan bahawa tidak ada lagi cukai jualan dan perkhidmatan dan ini mengakibatkan sesetengah pelangga menyamakan caj perkhidmatan dengan dengan cukai perkhidmatan.
"Caj perkhidmatan bukan kutipan kerajaan. Caj perkhidmatan adalah satu penyusunan yang dipersetujui sama ada melalui persefahaman kolektif atau rundingan antara pekerja dengan majikan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Sehubungan itu, beliau berharap, pelanggan tidak salah faham atau menimbulkan pertikaiam terhadap caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus yang dikenakan dalam sebarang transaksi.
"Kita mengiktiraf caj perkhidmatan ini adalah milik pekerja dan kita harap pelanggan jangan salah faham serta menimbulkan pertikaian terhadap caj perkhidmatan. Kita juga berharap semua pihak menghormati caj perkhidmatan ini.
"GST ini masalah yang diwujudkan kerana kelemahan penguatkuasaan kerajaan dan timbulkan kemarahan pengguna dan kita harap pengguna tidak alihkan kemarahan itu kepada pekerja," katanya.
Dalam pada iu, beliau menyeru kerajaan supaya mempunyai sistem yang baik untuk melindungi serta meningkatkan pendapatan pekerja.
"PKR telah putuskan tidak akan menyeru manap-mana pihak untuk mengurangkan atau menghapuskan caj perkhidmatan kerana ini adalah sebahagian pendapatan pekerja yang sangat berharga buat mereka sekarang.
"Ini bukan daja pandangan parti tapi juga pandangan kesatuan pekerja," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani yang juga Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) berkata beliau telah memberi amaran kepada semua pemimpin PP bahawa semuaa pemimpin pakatan itu akan menghormati pekerja-pekerja.
"Pemimpin PR termasuk PKR, Pas dan DAP harus menghormati pekerja yang menjadi pendukung utama kebangkitan rakyat ke tahap yang kita terima pada hari ini.
"Saya nak ulang sekali lagi, sekiranya pandangan ahli-ahli yang berhormat, yang pada ketika itu berlaku pada dirinya, itu adalah pandangan peribadi.
"Tetapi pandangan PR di bawah Biro Pekerja PKR, ketetapan jelas telah diambil termasuk Ketua Umum telah pun menyatakan dengan jelas bahawa kita tidak akan mengkhianati pekerja malah kiya akan beri balik sepertimana kita terima sebelum ini.
"Jadi, pada yang salah faham ini, saya memohon maaf bagi pihak Majlis Pimpinan Pusat dan saya berpendapat ia perlu dijelaskan sejelasnya supaya tidak ada salah faham," katanya.
Baru-baru ini, ahli-ahli Parlimen PKR, Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Kapar, G Manivannan dilaporkan akan mengusulkan satu rang undang-undang Ahli Persendirian (Private Member Bill) melalui peraturan Majlis Mesyuarat 49 (1) Parlimen untuk mengawal masalah caj perkhidmatan.
Menurut Tze Tzin, kebanyakan pengguna tidak rasa berbaloi, “no value for money”, membayar caj perkhidmatan 10 % itu untuk perkhidmatan yang mereka terima daripada pelayan-pelayan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan