LANGKAWI - Projek pembinaan semula rumah seorang penduduk yang
musnah selepas dirempuh sebuah pesawat yang terhempas semasa latihan
penerbangan bersempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi
2015 (LIMA'15) Mac lepas dijangka siap Jun ini.
HW Lima Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam penganjuran LIMA'15, telah menerima cadangan pelan dan sebut harga daripada kontraktor yang akan melaksanakan pembinaan semula rumah itu secara konvensional tidak lama lagi.
Pengarah Urusannya, Ahmad Dzuhri Abd Wahab hari ini berkata, sebelum ini pihaknya bercadang untuk melaksanakan kaedah rumah pasang siap bagi menggantikan kediaman yang musnah itu namun tidak dipersetujui pemiliknya, Zulkeflee Abu Mutalib.
"Sebaliknya beliau (Zulkeflee) meminta supaya rumahnya dibina semula secara konvensional dan kami akur dengan permintaannya," katanya ketika ditemui media semasa membuat tinjauan ke tapak rumah yang musnah itu di Kampung Gelam, Kedawang di sini.
Anggota Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad turut hadir dalam tinjauan ke kawasan itu di mana sebuah pesawat jenis KT-1B milik Jupiter, pasukan aerobatik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI), terhempas semasa membuat latihan 15 Mac lepas.
Pesawat yang menghempap kediaman Zulkeflee itu sebelum itu dikatakan telah bergesel di udara dengan sebuah lagi pesawat jenis sama yang terhempas di kawasan hutan berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Kedua-dua juruterbangnya bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri menggunakan payung terjun sebelum pesawat itu terhempas. Ekoran insiden itu, pasukan Jupiter mengambil keputusan untuk menarik diri daripada terlibat dalam persembahan udara LIMA'15.
Ahmad Dzuhri berkata pihaknya memberi komitmen untuk membantu mereka yang terlibat sejak berlakunya insiden itu dan telah menyalurkan sumbangan awal sebelum ini untuk meringankan beban yang dihadapi mereka.
"Kami agak kecewa juga dengan komen negatif yang dilemparkan oleh sesetengah pihak, seolah-olah kami cuba lari daripada tanggungjawab kami sedangkan mereka tidak tahu apa yang kami buat selama ini.
"Kami tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka yang terlibat," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan