KUALA LUMPUR - Membonceng motosikal sejauh hampir tujuh kilometer,
sambil meriba anak istimewanya berusia 14 tahun bukan halangan buat
seorang ibu tunggal untuk mencuba nasib mendapatkan tapak perniagaan di
bazar Ramadan sempena berlangsungnya hari pertama pendaftaran permohonan
di Stadium Titiwangsa, di sini semalam.
Malah seawal jam 8 pagi, Sariah Tompang, 50, sudah keluar dari rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, bersama anak lelaki sulungnya, bagi mendapatkan giliran awal proses pendaftaran.
Sinar Harian yang berada dalam stadium berkenaan sebelum proses pendaftaran bermula, menyedari kehadiran ibu tunggal ini ketika dia yang sedang mengendong anak istimewa diberi laluan khas memasuki ruang legar oleh anggota penguat kuasa dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika pintu dibuka kira-kira jam 9.30 pagi.
Menurut Sariah, dia tidak ada pilihan lain selain mengendong dan membawa bersama anak bongsunya, Mohd Amirul Abdul Aziz, kerana tiada siapa yang boleh menjaganya.
“Masa kat luar stadium saya hanya baringkan Amirul atas meja, sementara anak sulung balik rumah sekejap ambil dokumen tertinggal. Saya memang sentiasa bawa Amirul termasuk masa meniaga sebab saya yang jaga dia sepenuhnya sejak lahir.
“Macam mana sekalipun saya mesti usaha dapatkan tapak perniagaan pada bulan puasa, demi baju raya anak-anak,” katanya.
Berniaga untuk tampung hidup keluarga
Sariah berkata, dia mula menjalankan perniagaan makanan seperti mi rebus, laksa dan char kuey teow sejak 2008, bagi menampung perbelanjaan keluarga setelah bercerai dengan suami.
“Alhamdulillah setakat ini setiap tahun saya dapat tapak untuk berniaga pada bulan puasa. Hari-hari biasa pula saya berniaga di pasar malam dan ada juga ketika hari Jumaat di depan masjid.
“Ini saja punca pendapatan yang saya harapkan, itu pun sebahagian besarnya hanya untuk perbelanjaan Amirul. Bantuan yang diterima tak cukup, ditambah dengan ubat-ubatan tambahan yang Amirul perlukan. Kerana itu saya berusaha dengan meniaga,” katanya.
Antara bantuan yang diterima Sariah adalah bantuan ibu tunggal sebanyak RM500 sebulan daripada Baitulmal, bantuan lampin dan susu, dan bantuan OKU, RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Mohon bantuan van agar anak dapat berlindung
Wanita tabah ini menambah, apa yang dia harapkan kini adalah bantuan untuk membeli van terpakai kerana van yang digunakan untuk berniaga selama ini sudah terlalu uzur.
Ujarnya, selain merumitkan urusan pencarian rezeki, dia juga kasihan dengan Amirul yang akan basah jika cuaca hujan kerana bumbung van yang digunakan sejak tahun 1984 itu sudah bocor.
“Setiap kali keluar rumah, saya berdoa agar tidak hujan. Kalau hujan bukan saja Amirul basah, hasil jualan juga terjejas.
“Permohonan kepada Baitulmal ditolak kerana syaratnya mereka hanya bantu bayar muka dan saya bayar secara bulanan. Masalahnya saya tak mampu. Ada kenalan nak jual van terpakai dengan harga RM5,500 tapi saya tak ada duit. Itu saja saja minta, selebihnya saya akan usahakan sendiri,” katanya.
Orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan boleh salurkan ke akaun Bank Islam atas nama Sariah (Nombor akaun: 14210020053604).
Sementara itu, pendaftaran permohonan bagi pemilihan peniaga menerusi proses pengundian petak bazar Ramadan bermula semalam sehingga Jumaat ini, pada jam 9 pagi hingga 4.30 petang.
Pengundian petak bazar Ramadan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Pusat Bandar melibatkan Lorong Tunku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan Wakaf Pemuzik Buta, berjumlah 465 petak.
Manakala bagi kawasan luar pusat bandar, melibatkan Taman Dato’ Senu, Setapak Jaya, Jalan Telawi Bangsar, dan Tempat Letak Kereta Stadium Bola Sepak Cheras berjumlah 634 petak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan