HALAMAN SANTAI

Sabtu, 18 April 2015

Tiba masa Najib berundur


DETIK DAILY


Telah banyak kali Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak diminta berundur, atas pelbagai alasan sejak beliau menjawat jawatan perdana menteri pada 2009.

Kalau diperhatikan sejak 2009, kesilapan-kesilapan Najib semakin hari semakin besar, dan isu pembunuhan Altantuya yang ditimbulkan ramai orang dan akhirnya oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan skandal syarikat 1MDB ialah kemuncaknya.

Kematian seorang rakyat asing yang mempunyai kaitan dengan satu pembelian aset pertahanan negara dan pelbagai persoalan yang tidak dapat dijawab dengan sempurna berhubung urus niaga 1MDB merosakkan lagi imej Perdana Menteri Najib.

Apa yang dipersoalkan oleh Mahathir dalam blognya, dan respons kepada “sesi menjawab” Najib ming gu lalu memperlihatkan masalah yang dihadapi beliau: “Rakyat tidak tanya. Tetapi ramai tanya saya. Saya tak dapat jawab.

Saya tanya orang yang boleh ja wab. “Banyaklah lagi soalan saya yang tidak dijawab. Sebaliknya, tindakan saya ini kononnya kerana jambatan bengkok tidak dibina.

“Jika kerana jambatan bengkok yang saya marah, saya patut tuntut perletakan Najib sebelum PRU 13.

Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib. Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan.

“Sokongan dari kumpulankumpulan tertentu tidak bermakna mereka sokong 1MDB. Mereka takut.
Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib.” Najib hari ini kelihatan benarbenar berdepan masa yang sukar, menghadapi parti pemerintah yang semakin lemah dan dilemahkan lagi oleh isu-isu peribadi perdana menteri dan isterinya.

Hakikat bahawa beliau memerlukan pertemuan khas dengan ketua-ketua peringkat bahagian, sebuah rancangan soal jawab khas di televisyen dan kemungkinan pengarahan khusus kepada media di bawah kawalan Umno supaya “menyerang” Mahathir , menunjukkan tahap buruk yang dihadapi Najib sekarang.

Isu Najib bukan setakat berkaitan dengan imej dan prestasi Umno dan kerajaan yang dikuasainya sahaja, tetapi juga tugas memimpin negara pada masa yang mencabar masa kini, pada masa cabaran politik serantau dan global.

Malaysia pada masa ini menganggotai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mempengerusikan Asean, dan masih perlu menghadapi kesan-kesan peristiwa kehilangan pesawat MH370 dan pesawat MH17.

Dulu, Najib mengambil alih daripada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi disebabkan Abdullah perlu berundur ekoran prestasi buruknya, yang tidak melibatkan skandal melibatkan kematian dan salah laku syarikat milik kerajaan di bawah pimpinannya seperti dihadapi Najib.

Kini, selepas prestasi kurang cemerlang pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan skandal-skandal yang menyusul, Najib menghadapi hal yang hampir sama, dan perlu memikirkan untuk berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain.

Tiada ulasan: