HALAMAN SANTAI

Ahad, 19 April 2015

Azmin Ibarat Mimpi Dalam Sedar

RAKYATNEWS


alt


 
KUALA LUMPUR  - Kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengatakan PAS menyokong kempen pada PRK Permatang Pauh jelas memperlihatkan Menteri besar Selangor itu ibarat mimpi dalam sedar.

Jelas Azmin, setakat ini sokongan rakan sekutu PKR disifatkan amat baik dan meyakinkan, dibuktikan dengan kehadiran pimpinan tertinggi PR yang memberi jaminan akan memastikan kemenangan kepada gabungan itu dalam PRK Permatang Pauh.

"Dokongan rakan-rakan PR cukup meyakinkan," katanya lapor The Malaysia Insider.

Sebelum ini Pemuda PAS Permatang Pauh menegaskan tidak akan melibatkan diri pada kempen PRK tersebut ekoran kelantangan sayap pemuda PKR mendesak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletakkan jawatan kerana ketegasan Ulama PAS itu untuk membentangkan hudud di Parlimen.

Kenyataan keras Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu lantas menimbulkan kemarahan PAS yang menyifatkan kenyataan seumpama itu sebagai biadap.

Azmin turut menolak kenyataan Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh Jamsari Samad yang PKR mungkin akan menghadapi protes secara senyap daripada pengundi, termasuk PAS, jika ia mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau ahli keluarganya.

"Itu hanya suara individu," katanya sambil berkata PKR sudah mengenalpasti calon untuk kerusi itu yang bakal diumumkan kelak.

Ditanya sekiranya calon yang dimaksudkan Azmin itu merujuk Dr Wan Azizah, beliau dengan nada sindiran mengatakan individu itu seorang warganegara Malaysia, mempunyai kad pengenalan yang sah, serta ahli PKR.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Permatang Pauh akan diadakan pada 7 Mei dan hari penamaan calon pada 25 April serta 3 Mei sebagai hari pengundian awal.


Tiada ulasan: