Beliau, yang merupakan seorang penari, akan didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, kata Lawyers for Liberty dalam satu kenyataan.
Bilqis, 35, akan diwakili peguam Michelle Yesudas.
Kumpulan reformasi Bersih 2.0 dalam kenyataan berasingan mengutuk keputusan mendakwa anak arkitek ulung Hijjas Kasturi itu, menyifatkannya sebagai satu hukuman.
Pada 31 Ogos lalu, Bilqis didakwa melepaskan belon bertulisan “democracy”, “free media”dan “justice” dari tingkat 5 kompleks membeli-belah Pavillion Mall di Kuala Lumpur yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Belon itu kemudian mendarat di belakang layar televisyen gergasi acara itu.
Selepas insiden itu, Bilqis ditangkap polis bantuan kompleks dan diserah ke balai polis Dang Wangi bagi tindakan lanjut.
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dijangka hadir di mahkamah esok sebagai tanda solidariti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan