HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 September 2015

Mahfuz tidak beritahu PAS hadir pelancaran Pakatan Harapan



Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar  turut hadir pada sidang meja bulat pembentukan gabungan baharu di Subang Jaya hari ini. Beliau mengakui kehadirannya tidak pimpinan atasan PAS. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 September, 2015.Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar turut hadir pada sidang meja bulat pembentukan gabungan baharu di Subang Jaya hari ini. Beliau mengakui kehadirannya tidak pimpinan atasan PAS. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim. 
 
 
Kehadiran Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar di dalam sidang meja bulat pembentukan gabungan baharu di Subang Jaya hari ini adalah atas kapasiti sebagai ahli Parlimen pembangkang.

Mengakui kehadirannya tidak diketahui pimpinan PAS, Mahfuz yakin tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadapnya.
"Saya hadir sebagai ahli Parlimen pembangkang yang dijemput ketua pembangkang.

"Mereka (PAS) tidak tahu, saya hadir kerana dijemput secara terus," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang meja bulat apabila ditanya adakah kehadiranya diketahui pimpinan PAS. 
 
Mahfuz pada masa sama berharap semua pembangkang dalam negara dapat bersatu untuk memastikan tiada pertembungan 3 penjuru dalam pilihan raya.

"Penyatuan pembangkang amat perlu untuk masa depan dan pastikan tiada (pertandingan) 3 penjuru dalam pilihan raya umum akan datang," katanya lagi.

Mahfuz yang pernah dikatakan akan menyertai Amanah menegaskan, beliau hadir pada majlis itu sebagai pemerhati dan bukannya wakil kepada parti PAS.

"Saya masih dalam PAS. Saya hadir untuk mendengar apa pemikiran pimpinan politik pembangkang. Saya hanya mengikuti perbahasan mereka tadi.

"Saya masih berpendirian, keperluan untuk mewujudkan pakatan parti pembangkang adalah sesuatu yang sangat mustahak," katanya lagi.

Mahfuz turut berkata, PAS perlu memikirkan cara bagi memastikan perhubungan di antara semua parti pembangkang berterusan.

"Adapun ketidakbersamaan parti saya dalam pakatan baru ini, sesuatu yang perlu difikirkan pimpinan, untuk terus ada hubungan dengan parti saya. Kita tidak harus terpisah.

"Kerana, mesej harus jelas kepada rakyat. Semua parti pembangkang harus ada kebersamaan hala tuju untuk melakukan perubahan politik negara," katanya.

Bagaimanapun, Mahfuz berkata, beliau akur sekiranya pimpinan tertinggi PAS tetap dengan keputusan tidak mahu menyertai Pakatan Harapan.


Tiada ulasan: