Surat jemputan mesyuarat yang tersebar.
SHAH ALAM - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dilapor
bertindak mengadakan satu perjumpaan khas dengan Biro Politik Umno
sebagai persediaan sebelum menghadapi mesyuarat Majlis Tertinggi (MT)
pada Rabu.
Dalam satu surat jemputan bertarikh 2 September yang ditandatangani
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menyuarat
tersebut dijadual berlangsung jam 9.30 pagi ini di Pejabat Perdana
Menteri di Putrajaya.
Dalam pada itu, menerusi laman mikro Twitter Naib Presiden Umno, Datuk
Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan mesyuarat berkenaan.
"Meeting this morning (mesyuarat pagi ini)," tulisnya merujuk kepada
sebuah posting oleh portal The Malaysia Insider mengenai mesyuarat
berkenaan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Umno: Zahid pangku jawatan Muhyiddin?]
Mesyuarat kali ini dilihat diadakan ketika spekulasi pemecatan Timbalan
Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertiup kencang dan kemelut
dalaman Umno yang semakin meruncing.
Selain nama Muhyiddin dan Shafie, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri
Mukhriz Mahathir, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Seri Ahmad Said,
Datuk Hamidah Osman dan Datuk Jumat Idris dikatakan akan disingkirkan
daripada Umno pada mesyuarat Rabu ini.
Sementara itu, sumber dalaman memberitahu The Malaysian Insider,
Muhyiddin selaku timbalan presiden dan Shafie sebagai naib presiden juga
menerima jemputan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan