HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 September 2015

Tian Chua: Saya disiasat bawah peruntukan apa?

MALAYSIAKINI


 


Naib Presiden PKR Tian Chua menjadi pihak terbaru dipanggil polis susulan perhimpunan BERSIH 4 hujung bulan lalu.

Menulis di Twiter, beliau berkata dipanggil polis ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 3 petang ini bagi membantu siasatan.

Beliau mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa telah dihubungi seorang pegawai penyiasat berpangkat sarjan berhubung perkara itu.

“Beliau (pegawai itu) tidak beritahu saya disiasat bawah peruntukan mana,” kata Tian Chua.

Sebelum ini, pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan enam lagi sudah dipanggil polis.

Mereka ialah timbalan pengerusi BERSIH Hoda Abdul Hassan, bendahari Masjaliza Hamzah, jawatankuasa pemandu Farhana Abdul Halim dan Fadiah Nadwa Fikri serta anggota sekretariat Mandeep Singh dan Adam Adli Abdul Halim.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut disiasat susulan beberapa dakwaannya mengenai amalan rasuah yang dibuat dalam perhimpunan itu.

Tiada ulasan: