SM AMIN
Khairy berkata, generasi muda perlu faham mesej sebenar yang dibawa di dalam peristiwa ibadah korban.
KUALA LUMPUR, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mahu generasi muda menghayati pengertian korban yang sebenar dan bukannya sekadar menjalani proses ritual dengan menyembelih lembu, kerbau, kambing dan unta.
Kata Khairy, generasi muda perlu faham
mesej sebenar yang dibawa di dalam peristiwa di mana Nabi Ibrahim
sanggup mengorbankan anak kandungnya dan bagaimana Nabi Ismail telah
minta bapanya untuk mengorbankannya kerana ketakwaan mereka kepada
Allah.
Jelasnya, pengorbanan pada hari ini
dengan melahirkan generasi muda yang boleh mengenepikan kemahuan
peribadi untuk membantu orang lain dengan memikirkan perasaan orang lain
sebelum melakukan sesuatu.
“Walaupun kita masing-masing sibuk dengan
urusan peribadi janganlah lupa untuk mengorbankan sedikit usaha dan
masa demi kebaikan.
“Saya faham anak-anak muda hari ini
terpaksa kerja keras untuk mencari rezeki. Dalam keadaan kos sara hidup
yang meningkat, bukan mudah untuk kita memikirkan perkara lain.
“Tetapi
dalam kehidupan harian kita juga, kita dapat menzahirkan pengorbanan
yang ikhlas dalam hubungan kita dengan orang lain,” kata Menteri Belia
dan Sukan itu di lama sosial Facebook beliau.
Tambah Ahli Parlimen Rembau itu,
sekiranya generasi muda berjaya mengorbankan sifat semulajadi manusia
untuk hanya memikirkan tentang diri sendiri dan memikirkan pula tentang
orang lain, itu adalah permulaan yang baik ke arah pengorbanan yang
lebih mendalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan