AHMAD FAZLAN
Azwan Ali yang meluahkan
pendiriannya menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika
diwawancara Sinar Harian, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR, “Sebab saya memang berangan nak jadi perdana menteri.”
Itu kata selebriti, Azwan Ali yang meluahkan pendiriannya menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika diwawancara Sinar Harian, hari ini.
Katanya, jika jawatan itu diberikan
kepadanya, perkara pertama yang ingin dilakukannya adalah menghapuskan
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan pemberian petrol secara
percuma selama sebulan.
Namun jelasnya, semua itu gara-gara kenyataannya dahulu dalam sebuah majalah namun artikel itu menjadi viral semula.
“Kalau kerusi itu diberikan kepada saya,
hari ini juga… Kalau Najib sanggup berundurlah… memang saya cepat-cepat
naik. Pertama, saya hapuskan GST dan munyak percuma selama sebulan.
“Ramai yang ketawa saya kan? Tapi itu
bukan artikel palsu. Itu kenyataan saya kepada Media Hiburan
bertahun-tahun dulu,” katanya.
Azwan juga mempersoalkan
sikap sesetengah masyarakat yang membenci dan menghina Najib berhubung
isu dana RM2.6 bilion, sehinggakan kesannya turut terpalit kepada
isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
“Apa masalah rakyat jelata yang menghina
Najib. Dia belum lagi liwat orang, belum lagi kencing di Dataran
Merdeka, belum lagi terpekik di tengah jalan macam orang gila. Setakat
dia dapat RM2.6 bilion. Kenapa benci sangat?
“Hakikatnya Najib pun tahu, orang anti
Datin Seri Rosmah. Bertahun-tahun cerita itu. Tapi lihat Datin Seri
Rosmah…kau katalah dia apa pun. Tetap ‘steady’.
“Sifat Datin Seri Rosmah yang kuat ini
saya sangat ‘respect’. Saya nampak beliau mengatasi Najib dari segi
penghinaan itu. Letak diri anda dalam keadaannya. Seingat saya, Rosmah
dihina sejak hari pertama Najib berkuasa. Sekarang dah bertahun Najib
jadi perdana menteri, baru nak dikecam. Kalau isterinya boleh ‘survive’,
Najib pun mampu,” katanya lagi.
Ujarnya, beliau lebih menyokong kepada
pimpinan parti yang mana lebih menjamin masa depan di samping di samping
berpegang kepada prinsip menghormati pemimpin.
“Selagi Datuk Seri Najib kekal berkuasa,
belum lagi ditangkap atau dipenjarakan…digugurkan dari jawatan perdana
menteri atas kesalahan apa jua, saya akan terus menyokong dia.
“Sebab yang bercakap ini semua menyalak sahaja…tiada bukti pun.
Dalam pada itu, Azwan mengakui
komunikasinya dengan abangnya, Mohamed Azmin Ali agak terbatas sejak
menjadi Menteri Besar Selangor.
Namun, jika ada kesempatan untuk berjumpa, hanya empat soalan sahaja diajukan kepada abangnya.
“Sejak abang naik menjadi menteri besar
sampai hari ini, tiada sebarang komunikasi antara kami. Sebelum jadi
menteri besar nak jumpa dia seminit pun susah, inikan pula selepas dia
menjadi menteri besar?
“Empat sahaja soalan yang akan saya tanya
apabila jumpa dia iaitu apa khabar?, bagaimana semuanya?, sedang buat
apa sekarang? dan boleh ‘selfie’?. Saya tak tanya berapa kerusi dia ada,
berapa kerusi atas kepala dia? Saya tak akan ambil tahu apa-apa tentang
politik dia.
“Tapi saya akan borak panjang dengan kakak iparnya, Shamsidar Tahrin tentang macam-macam perkara,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan