Tetapi Amerika tidak menubuhkan
apa-apa badan untuk menyiasat beliau.
AMERIKA di bawah Barrack Hussein
Obama amat menyayangi Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak (atau Mohd Najib berasa
beliau disayangi) kerana beliau seorang yang bersikap sederhana (moderate).
![]() |
| Dua Sahabat: Mohd Najib Sanjung Obama |
Tetapi Amerika menubuhkan Juri Agung (Grand Jury) untuk menyiasat dakwaan rasuah ke atas beliau dan orang-orang yang rapat dengan beliau. Demikian menurut laporan akhbar The New York Times (NYT). (Di sini)
Juri
Agung adalah badan
penyiasatan tertinggi di Amerika. Lazimnya ia mengandungi antara 16
hingga 23
orang ahli walaupun ada masanya lebih ramai. Ia bertindak sebagai satu
pasukan
untuk jangka masa yang lama atau melibatkan banyak kes. Ia diselia sama
ada oleh seorang peguam persekutuan, ketua peguam negeri atau peguam
daerah.
![]() |
| Bidang Kuasa Juri Agung Luas |
Mereka berkuasa mendengar kes atau “membicarakan” seseorang secara ex parte iaitu tanpa kehadiran orang yang disyaki atau tertuduh.
Anak Tiri PM Jadi Sasaran
Dalam kes Mohd Najib, laporan
NYT itu mengatakan penyiasatan akan dikelolakan oleh sebuah unit di Jabatan Kehakiman (Justice
Department) yang bertanggungjawab menyiasat rasuah antarabangsa.
Sasaran
penyiasatan ialah harta
di Amerika yang dibeli oleh syarikat-syarikat kosong (shell companies)
dimilik anak tiri Mohd Najib serta aset-aset hartanah yang bersangkutan
dengan seorang yang rapat dengan keluarga Perdana Menteri.
Anak tiri Mohd Najib yang
dimaksudkan itu ialah Riza Shahriz Abdul Aziz, anak Datin Paduka Seri Rosmah
Mansor dengan suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik manakala kawan
rapat keluarga Perdana Menteri itu ialah Jho Low.
![]() |
| The Wolves of Wall Street: Riza (kiri), Jho Low (kanan) |
NYT memetik dua orang yang berpengetahuan mengenai penyiasatan itu sebagai berkata, para penyiasat juga sedang meneliti bayaran AS$681 juta yang dipercayai masuk ke dalam akaun peribadi Mohd Najib.
Dalam sejarah, banyak waran tangkap dikeluarkan terhadap warganegara asing atas perakuan Juri Agung. Sesetengah daripada mereka berjaya ditangkap, dibicarakan dan didapati bersalah.
Tugas Juri Agong bukan
membicarakan orang yang disyaki tetapi memeriksa bukti dan membuat keputusan
sama orang itu patut dibicarakan atau tidak. Dalam erti kata lain, Juri Agung
memastikan sebab barangkali (probable cause) bukan salah atau tidak bersalah
seseorang itu.
Amerika adalah negara terbaru
melancarkan penyiasatan rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering)
yang melibatkan 1MDB dan orang-orang yang berkaitan dengannya, termasuk Perdana
Menteri. Beliau adalah orang paling atas dalam 1MDB selaku Pengerusi Lembaga
Penasihatnya.
Negara-negara lain yang telah
memulakan penyiasat dan membekukan akaun berkaitan 1MBD adalah Singapura, Hong
Kong, Switzerland dan United Kingdom.
Orang tua-tua di Kedah kata, nak
tergelak. Lucu tapi tak cukup cucu untuk ketawa.
Sebaliknya, dalam
hal 1MDB ini ia lebih menjurus kepada malu dan aib. Inilah buat kali pertama
dalam sejarah negara kita, seorang Perdana Menteri menjadi orang yang disyaki
di luar negara.Wallahuaklam.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan