THE RAKYAT POST

Jenazah Margaret (paling
kiri) dijadual tiba di Kuching pada jam 11.15 pagi sebelum dibawah ke
Kampung Bogag, Jalan Serikin. Foto ihsan polis Johor
KUCHING, Jenazah Inspektor Margaret Tagum Goen yang meninggal dunia selepas dilanggar mat rempit dalam Ops Roda/Rempit di Kilometer 58, Jalan Batu Pahat-Mersing, Johor dijangka tiba di sini, pagi esok.
Ketua Polis Daerah Kuching, Assistant
Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, jenazah polis wanita berusia 32
tahun itu kemudian dijadual dibawa ke kampung halamannya di Kampung
Bogag, Jalan Serikin, berdekatan Bau.
“Jenazah itu dijadual dibawa dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9.25 pagi dan
dijangka tiba di Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Kuching pada jam
11.15 pagi esok,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari
ini.
Roslan berkata, antara pegawai polis yang
dijangka turut menunggu ketibaan jenazah di lapangan terbang termasuk
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman.
Margaret disahkan meninggal dunia pada
jam 12.45 tengahari tadi di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom
(HEBHK), in Kluang, Johor.
Dia sebelum itu dilapor berada dalam keadaan kritikal di hospital.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan