sakmongkol.blogspot.my
Pembaca yang
budiman lagi bijaksana,
Saya menutup
tirai penulisan dalam blog ini untuk suatu waktu yang tidak ditetapkan, dengan menulis
artikel2 dalam Bahasa Melayu secara bersiri. Mulai Oktober, saya ambil sabbatical. Artikel2 ini akan merangkumi
pandangan2 yang terkandung dalam beberapa artikel berbahasa Inggeris yang
disiarkan beberapa kali sebelum ini.
Adakah negara kita sudah tidak berundang
undang?
Ada benda yang
tak kena apabila kita biarkan seorang tauke ikan bakar dan seorang bekas tentera
yang terkenal kerana berbogel tunjuk punggung depan rumah Ambiga, ambil undang2
dalam tangan dan cadang buat demonstrasi ( baca rusuhan) di Petaling Street.
The country has
descended into lawlessness.
Mereka pula yang
boleh keluarkan ancaman secara terbuka dan pihak polis tidak berbuat apa apa? Mengapa
tidak pakai SOSMA keatas mereka tapi keatas Khairudin Abu Hassan kerajaan
dengan zalim nya menggunakan akta ala ISA ini?
Kita tahu tujuan
mereka- hendak masuk dalam kawasan cina dan tunjuk samseng dan kuat. Tangkap sahaja
dan masuk mereka dalam lokap.
Apa sikap Najib
terhadap perkara seperti ini? Najib is an insouciant leader.
PM yang bertanggung kawab keatas seluruh Malaysia tidak akan membenarkan anasir jahat menggugat keselamatan negara dan hubungan kaum di Malaysia. Jika PM membenarkan sentiment perkauman, pelampau bangsa, agama dan seumpamanya, bebas melakukan apa sahaja, negara kita akan hancur.
PM yang bertanggung kawab keatas seluruh Malaysia tidak akan membenarkan anasir jahat menggugat keselamatan negara dan hubungan kaum di Malaysia. Jika PM membenarkan sentiment perkauman, pelampau bangsa, agama dan seumpamanya, bebas melakukan apa sahaja, negara kita akan hancur.
Agaknya Najib
lebih suka meihat negara hancur untuk menyelamatkan diri nya? Saya sudah
bertahu lama- bahawa inilah second nature
Najib- biar dia seorang selamat walaupun dikeliling nya terbakar. That is the
nature of the man.
Kita sudah lihat
ekpresi sikap ini. Dia buang Muhyidin dan Shafie Apdal (bukanlah mereka
ini
bersih pun)- kerana mereka menggugat nya; dia buang peguam negara kerana
sedang
menyediakan kertas dakwaan( peguam negara kata dah tak boleh selamatkan
Najib
kerana bukan satu kampong- satu dunia tahu apa Najib buat); dia singkir
ketua
SB dan timbalan sb, dia tukar pegawai SPRM, dia ugut gabenor negara atau
pujuk
supaya menutup skendel aliran wang); dia kebas dan songlap wang kedalam
akaun peribadi nya; akhir sekali dia kenakan SOSMA keatas
Khairudin Abu Hassan.
Ini semua
petanda Najib tidak peduli apa jadi pada negara, asal dia selamat.
Ini petanda2
orang yang mementingkan diri nya daripada segala nya. Dan orang Melayu
masih
mahu berketuakan orang seperti ini? Orang UMNO bertanya secara perli,
kalau Najib tiada, siapa boleh gantinya? Orang Melayu UMNO maksud saya.
Dan saya sudah jawab lama, kalau orang macam Najib boleh jadi PM,
sesiapa lain pun boleh.
UMNO mengajar
orang Melayu bahawa mereka ada anugerah self-entitlement. Mereka secara semula
jadi berhak keatas sesuatu. Jadi mereka berhak berdengki dan mencemburui pencapaian
golongan lain dan berhak mengambil pencapaian orang lain.
Sedikit sebanyak
fikiran seperti ini di serapkan secara rasmi dalam bentuk Dasar Ekonomi Baru.
Orang Melayu beranggapan bahawa dengan sokongan dasar rasmi dan perlembagaan,
mereka berhak keatas segala nya.
Biarlah saya
ingatkan secara mudah- bukanlah niat DEB itu menjadikan SEMUA Melayu jutawan-
bahkan tujuan DEB itu ialah menyusun masyarakat Melayu megikut merits mereka. Yakni mengikut apa yang
mereka usahakan, mengikut kelayakan mereka, mengikut pengeluaran tenaga, kerja
kuat, prestasi tinggi. Bukannya hak itu datang bersekali dengan kelahiran dari
perut ibu mereka.
Quran pun
menyebut: dan bahawasanya seorang manusia tiada memperolehi selain apa yang
telah diusahakan nya. Quran 53:39.
Mereka berhak
ada premis berniaga di Petaling Street umpamanya. Jika demikian mengapa dewan
bandaraya atau KDNKK tidak melaksanakan dasar tersebut? Jawab nya, lesen kebenaran
berniaga banyak dikeluarkan kepada tokoh UMNO dan mereka sub-lesenkan kepada
Cina.
Orang Melayu
yang mundar mandir dengan perasaan dunia ini berhutang kepada mereka, sekarang
mendesak kerajaan memberi peluang perniagaan yang sama di petaling street. Pergi
lah ke Dewan Bandaraya dan apply permit berniaga.
Peniaga Melayu
mesti seterusnya mendesak kerajaan menyekat Bangladesh, Myanmar, Nepal, acheh dan orang
Indonesia dari berniaga. Mereka inilah yang sebenarnya mengambil alih
perniagaan yang boleh dilakukan oleh orang Melayu. Ini baru adil.
Selepas ini apa?
Desak kerajaan buat undang2 mewajibkan pengunjung Petaling Steet membeli dari
mereka? Dan mereka jual barang tiruan atau asli?
Kalau tauke ikan
bakar nak tahu, pasaran untuk barang tiruan memang besar. Semua orang tahu di
Petaling Steet mereka boleh beli barang tiruan. Ada pengunjung memang pun pergi
ke Petaling Steet untuk beli jam rolex. Atau beli beg LV. Beg Birkin Hermes pun
mungkin ada. Tali pinggang Hermes banyak.
Pihak berkuasa
tahu perkara ini. Peniaga yang menjual mempunyai pelanggan nya. Bukan hak dan
urusan kita mencampuri dalam transaksi pasaran terbuka antara pembeli dan
penjual. Jika pelanggan hendak beli barang tiruan, siapa kita hendak menyekat
nya? Dan jika nilai pasaran barang tiruan tinggi, kerajaan dapat hasil cukai
yang banyak.
Lawatan duta
China ke Petaling Sreet suatu yang unprecedented. Semua dunia sudah tahu apa
Najib buat dalam negeri. Isyarat dari negeri China ialah jika ada tindakan yang
mencedera kepentingan China di Malaysia, negara komunis itu akan bertindak
balas. Bukan dengan cara tentera kerana mungkin orang China takut pesilat2 Ali
Rustam, tapi mereka hanya perlu membalas dengan respons ekonomik.
Menteri dalam
negeri kita dan menteri luar negeri tidorkah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan