SHAH ALAM: Meskipun polis melarang sebarang tunjuk perasaan di
Petaling Street esok ( SABTU ) , seorang aktivis berkata rasa tidak puas hati
terhadap monopoli peniaga di kawasan itu akan tetap disuarakan esok.
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom
menjangka kebarangkalian perhimpunan itu diteruskan esok adalah tinggi.
"99 peratus akan ada himpunan esok, yang mana yang datang esok adalah
pahlawan-pahlawan Melayu," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju memaklumkan bahawa
ramai anak-anak Melayu akan menyertai himpunan esok sebagai menuntut
janji pihak berkuasa untuk memberikan hak yang sama rata terhadap
golongan peniaga tanpa mengira perbezaan kaum.
"Kita tidak mahu melihat sesebuah kaum memonopoli kawasan itu. Ia
harus dikongsi bersama antara kaum India, Melayu dan Cina, barulah
sesuai dengan konsep 1 Malaysia," ujarnya lagi.
Dalam pada itu Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos
memberitahu kenyataannya disalah tafsir oleh sesetengah pihak hingga ada
yang menganggap satu himpunan 'baju merah' akan diadakan pada esok hari
di Petaling Street.
Beliau berkata himpunan berkenaan tidak berniat untuk menakutkan
mana-mana pihak, sebaliknya menyuarakan kegusaran selepas tiada tindakan
diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan ke atas penjualan barangan tiruan.
Sementara itu Ali Tinju menegaskan pihaknya tidak akan tunduk terhadap
desakan mana-mana pihak untuk membatalkan himpunan mereka pada esok
hari.
"Itu bukan hak mereka untuk mempertikaikan Gerakan Merah. Ia akan
berterusan, tidak kiralah daripada arahan pihak berkuasa atau
sebaliknya," tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan