HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 September 2015

Mahkamah tolak rayuan Khir Toyo

Khir Toyo
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Muhamad Khir Toyo bersalaman dengan peguam belanya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika hadir di Mahkamah Persekutuan Putrajaya bagi mendengar prosiding rayuan akhir kesnya di Istana Kehakiman hari ini. - Foto Bernama
 
 
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengekalkan sabitan bersalah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta lapan tahun lalu.
 
Panel lima hakim yang bersidang dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohamad Khir terhadap sabitan bersalah.
 
Korum berkenaan turut dianggotai Tan Sri Ahmad Maarop; Tan Sri Hasan Lah; Tan Sri Jeffery Tan Kok Hwa; dan Datuk Ramly Ali.
 
Bagaimanapun mahkamah menangguhkan seketika rayuan hukuman bagi memberi peluang pihak pembelaan yang dikendalikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk membuat mitigasi peringanan hukuman.
 
Prosiding disambung setengah jam lagi.
 
Mohamad Khir, 49, merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 30 Mei tahun lalu yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isteri, Zahrah Kechik, 48, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta.
 
 

Tiada ulasan: