HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 September 2015

Najib individu paling memahami isteri, sindir Rafizi

 
Rafizi Ramli bersetuju 100 peratus dengan Perdana Menteri bahawa isteri berperanan besar menentukan kejayaan seorang pemimpin. 


najib-rosamh-rafizi_


PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bersetuju 100 peratus dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kenyataannya bahawa isteri wakil rakyat mempunyai peranan besar dalam menentukan kejayaan seorang pemimpin.

Dengan penuh sindiran, dia berkata, Najib merupakan individu paling memahami dalam isu berkenaan dan mengucapkan tahniah kepada Datin Seri Rosmah Mansor kerana mempunyai suami yang memahami.

“Saya jarang setuju dengan DS Najib Razak ni. Tapi dalam bab isteri penentu kejayaan wakil rakyat ni, saya setuju 100% dengan dia ha3.

“Dalam banyak-banyak wakil rakyat, DS Najib lah yang paling faham bab ini. Tahniah DS Rosmah,” sindirnya dalam kenyataan yang dibuat di Facebooknya.

Najib, dalam majlis penutupan Program Tahunan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia di Ipoh pada Ahad berkata, isteri wakil rakyat berperanan sebagai pengukuh semangat ketika senang dan susah selain bertindak sebagai pemberi semangat, sokongan dan dorongan.

“Oleh itu berilah timbal balas yang sepatutnya kepada isteri kita, jaga hati isteri kita, apa-apapun permohonan isteri, kita beri pertimbangan yang sepatutnya,” kata Perdana Menteri.

Tiada ulasan: