Jangan membenci orang Cina hanya kerana mereka Cina
tetapi yang perlu dibenci adalah sikap ultra kiasu sesetengah masyarakat
Cina.
PETALING JAYA: Pensyarah dan pendakwah bebas, Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah menasihatkan orang ramai supaya tidak membenci kaum Cina hanya kerana mereka Cina.
Dia membuat nasihat itu selepas mengambil kira pendapat seorang wartawan akhbar Inggeris, Cheah Sin Chong yang menyatakan kebanyakan masyarakat Cina yang menyokong ultra kiasu tidak dapat berfikir secara matang dan rasional berikutan hidup mereka mewah dan tidak merasai kesusahan.
“Jangan benci orang Cina kerana dia Cina. Orang Cina juga adalah makhluk jadian Allah. Mereka adalah khalifah seperti kita juga. Khalifah lebih mulia daripada makhluk lain. Bezanya hanya tidak seagama,” tulisnya di akhbar Sinar Harian.
Menerusi rencana bertajuk ‘Jangan benci kerana dia Cina’, yang ditulis rentetan daripada Bersih 4.0, Ridhuan Tee berkata, yang dibenci ialah sikap ultra kiasu dan sikap itu perlu diperbetulkan.
“Menjadi kewajipan kepada kita membantu orang Cina jika mereka kesusahan atau memerlukan pertolongan. Saya amat mengharapkan kita tidak terlalu beremosi selepas Bersih 4.0,” tulisnya yang juga berketurunan Cina.
Merujuk kepada sikap ultra kiasu orang Cina dalam perhimpunan Bersih 4.0 baru-baru ini, Ridhuan Tee melihat betapa nombor 4 yang tidak lagi menjadi igauan dan ditakuti oleh masyarakat Cina.
Katanya, demi kuasa, mereka (orang Cina) sudah tidak takut mati malah, yang mahu “dimatikan”, bukan mereka tetapi orang lain.
“Watak yang ingin “dimatikan” adalah Perdana Menteri dan Presiden Pas. Sebab itu, penganjur Bersih 4.0 tidak berasa bersalah ke atas insiden memijak gambar kedua pemimpin ulung ini oleh anak muda mereka.
Inilah generasi yang dilahirkan oleh ultra kiasu hari ini. Mahukan orang lain mati, mereka sahaja yang hidup dan dapat berkuasa,” tulisnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan