Salahuddin Ayub
SHAH ALAM - Timbalan Presiden, Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub menegaskan pendirian Pas untuk tidak bersama dalam Pakatan Rakyat (PR) 2.0 akan memudahkan parti pembangkang lain untuk menubuhkan gabungan tersebut dalam masa terdekat.
Salahuddin berkata, Amanah sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan parti politik pembangkang yang lain termasuk Pas.
"Saya berpendapat bahawa keputusan Pas itu akan memudahkan Amanah , PKR, DAP bersama NGO lain, untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0.
"Bagi saya, biarlah rakyat menilai sendiri pendirian dan keputusan yang telah dibuat Pas itu," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tunggu 'cool down' dulu sebelum runding]
Dalam pada itu Salahuddin berkata, Amanah mengulangi pendirian dan komitmen bahawa pihaknya akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam PR 2.0.
"Ini bagi membawa perubahan politik sekaligus menyelamatkan Malaysia," katanya,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan