KUALA LUMPUR: Tujuh kedai makan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R)
Awan Besar, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) musnah dalam kebakaran, tengah
hari tadi, lapor Berita Harian.
Bomba yang menerima panggilan pada jam 1.35 tengah hari mengerahkan
lima jentera bersama 32 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan
Penyelamat Bukit Jalil, Seputih, Sungai Besi, Taman Tun Dr Ismail dan
Hang Tuah ke lokasi.
Jurucakap bomba memberitahu kebakaran dapat dikawal pada jam 2.13
petang dan setakat ini tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa
dilaporkan.
Katanya, kerja-kerja memadamkan sisa kebakaran masih dilakukan dan
siasatan untuk mencari punca kebakaran sedang dilakukan oleh pasukan
forensik bomba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan