shahbudindotcom
Gabenor
Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz semalam telah bercakap mengenai keadaan
ekonomi dan nilai ringgit serta kaitannya dengan isu semasa dalam negara
yang seharusnya menjadi bermanfaat buat kita semua.
Bedasarkan laporan FMT, Zeti berkata:-
- nilai ringgit akan naik semula sekiranya isu 1MDB dapat diselesaikan.
-
kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidaktentuan
politik. Kesemua isu berkaitan 1MDB perlu diselesaikan, barulah kita
boleh menyaksikan nilai ringgit naik semula.
-
kami telah serahkan hasil siasatan Bank Negara kepada Jabatan Peguam
Negara. Kini kami masih dalam perbincangan dengan jabatan tersebut.
Mengikut berita Malaysian Insider pula, Zeti berkata:-
- orang ramai berhak mendapat jawapan terhadap siasatan skandal 1MDB.
-
semua siasatan itu sedang berjalan dan ia akan membuahkan hasil. Bagi
Bank Negara, kami melihat dalam percanggahan kelulusan yang kami berikan
kepada 1MDB secara spesifik.
-
melahirkan keyakinan pihak terlibat dalam salah laku berkaitan syarikat
pelaburan negara itu akan dihadapkan ke muka pengadilan.
-
masyarakat antarabangsa sudah menyatakan komitmen untuk menangani isu
penggubahan wang haram dengan beberapa langkah tegas telah diambil.
- dalam dunia sekarang, tidak ada orang dalam planet ini yang boleh bersembunyi.
Apakah perkara yang paling mudah untuk difahami daripada kata-kata Zeti ini?
Tentunya
maksud sebenar ialah tidak lain agar isu berkaitan 1MDB yang disebutnya
sebagai skandal hendaklah diselesaikan dengan segera jika mahu melihat
nilai ringgit naik semula.
Bermakna juga, selagi isu 1MDB tidak selesai, nilai ringgit akan terus menjunam.
Tapi bagaimana untuk menyelesaikannya?
Jual tanah TRX? Cari pelabur asing dalam Bandar Malaysia? Struktur hutang? Atau bagaimana?
Zeti
juga menyebut mengenai komitmen antarabangsa mengenai isu penggubahan
wang haram yang tentunya sangat berkaitan dengan siasatan FBI mengenai
wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib.
Siasatan
FBI itu telah mengundang tarikan berita di seluruh dunia sehingga
keyakinan pelabur asing tidak mungkin pulih dengan mudah selagi ia terus
diperkatakan di mana-mana.
Berpuluh
negara telah menyiarkan berita mengenai siasatan FBI itu dan ini
tentunya merupakan hentakan paling buruk terhadap imej negara di
peringkat antarabangsa.
Bagaimanakah juga untuk melihat isu ini selesai?
Kedua-duanya
iaitu 1MDB dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan RM2,600
juta hanya perlukan penyelesaian mudah iaitu - NAJIB LETAK JAWATAN DAN
BIARKAN KEADILAN UNDANG-UNDANG MEMAINKAN PERANANNYA SELEPAS ITU.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan