QURNISHA HAMKA
Bekas Ketua Penerangan
Pas itu menafikan dirinya hadir bagi mewakili parti Islam sebaliknya
berfungsi sebagai pemerhati perbincangan. - Foto TRP/Qurnisha Hamka
SUBANG JAYA, Walaupun Pas memilih untuk tidak hadir ke
meja bulat pembangkang yang berlangsung hari ini, namun kelihatan
ahlinya, Datuk Mahfuz Omar turut serta bagi mengikuti mesyuarat
tersebut.
Bagaimanapun, bekas Ketua Penerangan Pas
itu menafikan dirinya hadir bagi mewakili parti Islam sebaliknya
berfungsi sebagai pemerhati perbincangan.
Turut dilihat sama ahli Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang hadir atas kapasiti mewakili Akademi Belia.
“Saya hadir sebagai jemputan, pemerhati.
Saya hari ini datang atas kapasiti Ahli Parlimen Pokok Sena,” katanya
ringkas kepada wartawan.
Mesyuarat ini diadakan di Empire Hotel
atas inisiatif Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
dengan usaha mewujudkan satu blok pakatan pembangkang yang baru bagi
menggantikan Pakatan Rakyat sebelum ini.
Sementara itu, Timbalan Presiden Pas,
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melalui satu kenyataan menegaskan parti
itu tidak akan hadir ke perbincangan tersebut walaupun menerima jemputan
daripada Wan Azizah yang juga Presiden PKR.
Menurut Tuan Ibrahim, Pas memilih untuk
tidak hadir atas alasan mengukuhkan jentera parti bagi menghadapi
Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang sambil mengulangi pendirian untuk
tidak bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Rakyat.
Bagaimanapun, kerjasama bersama
rakan-rakan parti politik pembangkang yang lain akan tetap diteruskan
melibatkan kepentingan rakyat.
Antara barisan panelis di dalam Perbincangan Meja Bulat tersebut ialah:
Mewakili PKR: Wan Azizah, Timbalan
Presiden Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung Rafizi Ramli dan Naib
Presiden Nurul Izzah Anwar.
Mewakili DAP: Penasihat Lim Kit Siang,
Setiausaha Organisasi Kebangsaan Anthony Loke, Pengerusi DAP Selangor
Tony Pua dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.
Bagi Amanah: Presiden Mohamad Sabu,
Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung Anuar Tahir dan Ahli
Jawatankuasa Dr Hatta Ramli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan