HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 September 2015

Polis larang demo 'Baju Merah' 16 Sept

MALAYSIAKINI

 


Polis tidak membenarkan Perhimpunan Rakyat Bersatu pada 16 September ini, atas implikasi keselamatan.

Larangan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid hari ini, seperti dilaporkan Bernama.

Perhimpunan dirancang di Bukit Bintang itu bertujuan menyatakan bantahan terhadap BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Pengkritik membangkitkan dominasi kaum Cina serta dakwaan perhimpunan anti-perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu dikuasai DAP.

Utusan Malaysia melaporkan, perhimpunan balas golongan "berbaju merah" itu didukung oleh banyak NGO Melayu.

Ia digerakkan oleh pemimpin Umno akar Umno Jamal Md Yunos yang menggunakan platform "Gabungan NGO-NGO Malaysia".

Tiada ulasan: