Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata keputusan sama ada parti itu menyokong sebarang usul rang undang-undang (RUU) termasuk hudud di Parlimen dibuat selepas perbicangan dalam Pakatan Rakyat 2.0.
Mohamad berkata perbincangan bersama terlebih dahulu perlu kerana AMANAH - yang ditubuhkan pada hari kemerdekaan - berpegang dengan konsep demokrasi, perundingan dan mengambilkira perlembagaan negara, sebagai dasar perjuangan parti.
"Oleh itu, sekiranya isu ini timbul pada masa akan datang, persetujuan di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat 2.0 jika ia terbentuk nanti, hendaklah dibincang bersama terhadap sebarang pindaan perlembagaan atau hal-hal yang terlalu penting, sama ada untuk bersetuju ataupun tidak," katanya.
Beliau menjelaskan kenyataan beliau yang dibuat yang dibuat dalam dialog sempena pelancaran AMANAH di sebuah hotel di Kuching, Sarawak berkenaan hudud jika di bawa ke Parlimen.
Dalam kenyataannya, Mohamad berkata kekeliruan timbul ekoran laporan media menyatakan bahawa beliau seolah-olah mengarahkan anggota parlimen parti itu menolak RUU hudud jika dikemukakan.
Sehubungan itu, Mohamad turut berharap supaya media tersebut tidak menimbulkan kekeliruan dan salah anggap di kalangan masyarakat terhadap pendirian parti itu berhubung isu RUU hudud.
"Saya jelaskan sekali lagi, sebarang persetujuan atau penentangan hendaklah dibincang bersama dalam komponen Pakatan Rakyat 2.0. untuk bersetuju atau tidak, di atas konsep persetujuan bersama yang menjadi pegangan kepada kami," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan