IKHWAN HAZWAN
Bekas Setiausaha Agung
PSM, S Arulchelvan parti itu akan menghantar surat kepada Ketua
Pembangkang dan berharap Wan Azizah dengan segera memperjelaskan apa
yang dinyatakannya dalam rundingan berkenaan atau sekurang-kurangnya
meminta maaf kepada parti tersebut. - Kredit foto Facebook Julius Choo
Chon Kai
KUALA LUMPUR, Parti Sosialis Malaysia (PSM) mungkin
akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya Presiden PKR, Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menjelaskan atau meminta maaf atas apa
yang disampaikannya mengenai ketidakhadiran PSM dalam rundingan meja
bulat Selasa lalu.
Bekas Setiausaha Agungnya, S Arulchelvan
berkata disebabkan dua ahli Parlimen iaitu Khalid Samad dan Dr Ong Kian
Ming telah mengasingkan diri dari kenyataan mengapa PSM tidak dijemput
dan dengan jelas menunding jari kepada Wan Azizah, maka adalah wajar
beliau memberi penjelasan mengenai perkara berkenaan.
Menurutnya, PSM akan menghantar surat
kepada Ketua Pembangkang dan berharap Wan Azizah dengan segera
memperjelaskan apa yang dinyatakannya dalam rundingan berkenaan atau
sekurang-kurangnya meminta maaf kepada parti tersebut.
“Sekiranya
tiada penjelasan atau permohonan maaf dilakukan maka PSM mempunyai
‘option’ untuk membawa perkara ini ke mahkamah dan kami sedang
menelitinya tetapi belum membuat sebarang keputusan lagi.
“Memang ketika ini ramai ahli marah
dengan kenyataan berkenaan dan ada yang hendak membuat laporan polis
tetapi pimpinan parti minta mereka bersabar dan memberi peluang
terlebih dahulu kepada Wan Azizah dan PKR untuk memberi penjelasan
beliau,” katanya kepada The Rakyat Post di sini hari ini.
Arulchelvan berkata demikian mengulas
mengenai kenyataan Khalid dan Kian Ming semalam yang mengatakan bahawa
mereka hanya mengulangi apa yang dikatakan oleh Wan Azizah kepada pihak
media mengenai ketidakhadiran PSM dalam rundingan meja bulat bersama
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik anjuran PKR baru-baru
ini.
Mereka mengatakan bahawa Wan Azizah
memberitahu bahawa PSM tidak dijemput, kerana tidak bersetuju dengan
Dasar Perjanjian Bersama, termasuk melibatkan Artikel 153 berhubung
hak-hak keistimewaan Bumiputera dan parti berkenaan bukanlah anggota
dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR).
Namun begitu, PSM menafikan perkara
berkenaan kerana parti berkenaan menerima dan menyokong Manifesto PR dan
Buku Jingga dan langsung tidak mengetahui mengenai dakwaan bahawa PSM
menolak hak-hak keistimewaan Bumiputera seperti yang dinyatakan dalam
Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
Semalam, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti
Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata PSM perlu mendapatkan
penjelasan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail mengenai punca parti itu tidak dijemput untuk menghadiri
Perbincangan Meja Bulat, pada Selasa lalu.
Katanya, beliau sebelum ini hanya
menyampaikan kepada pihak media, apa yang diberitahu oleh Dr Wan Azizah
kepada mereka yang hadir dalam rundingan berkenaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan