HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 September 2015

Wartawan portal dihalang hadir PC Umno Kelana Jaya

Anne Muhammad 





Umno Bahagian Kelana Jaya menghalang para wartawan dari portal berita untuk menghadiri satu sidang medianya hari ini.

Alasan yang diberikan ialah mereka tidak dijemput, sebaliknya jemputan hanya di hantar kepada akhbar Utusan Malaysia, Kosmo!, dan Sinar Harian.

Bahkan, salah seorang petugas di pejabat Umno berkenaan juga mempersoalkan bagaimana portal berita tahu tentang sidang media berkenaan.

Sebelum itu, petugas media diarah menunggu sehingga mereka selesai bermesyuarat terlebih dahulu dan pada jam 2.20 petang, wartawan dipanggil untuk hadir sidang media.

Wartawan portal berita hanya dimaklumkan perkara berkenaan setelah berada di tempat sidang media tersebut.

Menurut pemerhatian Malaysiakini, sidang media tersebut tetap diteruskan, bagaimanapun ia dilakukan tanpa kehadiran wartawan portal.

Petugas di pejabat berkenaan memaklumkan bahawa satu sidang media bersama portal berita akan diadakan pada masa akan datang sekiranya portal mesra Umno, Mysuara turut hadir.

Antara wartawan portal berita yang hadir pada sidang media tersebut adalah Malaysiakini, Malaysia Gazette, dan Free Malaysia Today.


Tiada ulasan: