KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 12
September, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman
mengumumkan malam ini.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja,
maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1437 Hijrah
ialah pada 3 September ini.
"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri
di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 12 September 2016,"
katanya ketika mengumumkannya di Radio Televisyen Malaysia (RTM), di
sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan