KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemergian
Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din sebagai kehilangan
besar kepada negara.
Perdana Menteri berkata, Allahyarham merupakan seorang tokoh ulama Islam yang banyak berjasa dan amat beliau hormati.
“Secara peribadi, saya dan keluarga kehilangan seorang rakan rapat dan
disayangi,” katanya dalam catatan melalui laman Facebook beliau hari
ini.
Kesedihan Najib turut dirasai timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
“Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hamba-Nya yang soleh. Al-Fatihah,” katanya melalui Twitter beliau hari ini.
Allahyarham Haron Din meninggal dunia tepat jam 10.10 pagi tadi di
Hospital Stanford University, Amerika Syarikat, akibat komplikasi
jantung.
Anak kepada Allahyarham memberitahu bapanya sejak daripada semalam
terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan selepas koma dan mengalami
pendarahan teruk.
Allahyarham sebelum ini pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Amerika Syarikat pada 2 April 2012.
Pada Mac lalu, beliau menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara.
Pemergiannya tentunya suatu kehilangan besar buat PAS.
Beliau adalah pemimpin paling kanan yang dihormati PAS dan Umno selepas
bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan