SHAH ALAM: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahtahir Mohamad menyampaikan
Deklarasi Rakyat yang ditajanya bersama pembangkang kepada Yang
Di-Pertuan Agong (YDPA), Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, semalam.
Perkata itu disahkan oleh pembantu khas Dr Mahathir, Sufi Yusof.
Beliau berkata Sultan Abdul Halim berkenan menerima dokumen itu di Istana Anak Bukit di Alor Setar.
Sufi bagaiamanapun enggan mengulas intipati perbincangan antara pihak istana dan Dr Mahathir.
Mei lalu Dr Mahathir mengumumkan Deklarasi Rakyat itu mencecah sasaran mengumpul satu juta tandatangan daripada orang ramai.
Deklarasi itu digubal sebagai sebahagian daripada agenda beliau bersama
pemimpin PKR, DAP dan aktivis pro pembangkang yang mahu menggulingkan
Datuk Seri Najib Razak.
Antara lain dokumen itu menggesa pemansuhan undang-undang yang didakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menyifatkan Deklarasi Rakyat
itu sebagai cubaan terbaru pembangkang untuk meraih sokongan diluar
proses Pilihan Raya Umum (PRU).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan